Exclusively By Izzah Johan

Memori Kasih Dua Insan

Bagai baru semalam segalanya bermula
salam perkenalan yang dihulurkan membuka satu lembaran baru
hidupku yang dahulunya sepi dan kusam…
kini berseri dan bercahaya dengan kehadiranmu
ibarat sejalur cahaya menerangi ruang yang dahulunya kosong

Perhubungan yang pada mulanya satu kebetulan
bertukar manjadi suatu ikatan naluri kasih antara dua insan
Kau dan aku bersama melayari hidup berkongsi kasih.
Dunia menjadi saksi kemesraan hubungan ini
tidak pernah kurasakan kenikmatan cinta sehebat ini
jutaan kasih sayang kau curahkan tidak ternilai harganya…..
Kita pernah bersumpah untuk bersama dan menayayangi
sehingga ke penghujung hembusan nafas yang terakhir…

Kini baru ku mengerti erti cinta yang sebenar
mengenal makna rindu ,kaseh dan sayang…
ketahuilah…..kaseh dan sayangku hanyalah untukmu..
di segenap ruangan hati ini telah ku ukir indah nama mu…
kita merupakan insan yang paling bahagia tatkal berdua
bertuah diri ini kerna memiliki kaseh seorang insan
yang istimewa seperti mu…

Tapi sayangnya….
disaat kita sedang asyik menyulam cinta dialam bahagia
kau…pergi meninggalkan diri ini…
kau pergi disaat aku masih mengharapkan kasih sayangmu…
tinggal kini aku keseorangan…
tiada lagiku dengar senda gurau dan tawamu
tiada lagi dakapan yang penuh dengan kasih sayang buatku
tidak dapat lagi aku menatap wajahmu
kau tinggalkanku sendiri menempuh hidup dibumi Allah ini
mengapa begitu singkat sekali takdir cinta kita…
pemergianmu itu turut membawa pergi sinar hidup ini meningalkanku…..

Aku tidak pernah menyalahkan takdir diatas perpisahan ini
aku tahu kau jugak tidak mahu kan
perpisahan ini terjadi
mungkin semua ini sudah bersurat sejak azali lagi…
yang kau dan aku bukan ditakdirkan untuk bersama dan bersatu buat selama - lamanya
di dunia ini….

Terima kasih sayang…….
diatas curahan kasih dan sayangmu padaku selama ini…
walaupun hanya seketika namun aku tetap bahagia ketika berada di samping mu….
dan terima kasih kerana menunaikan janji mu untuk menyangi diri ini sehingga hembusan nafasmu yang terakhir

Segala memori antara kau dan aku akanku simpan dan ku kenang sehingga akhir hayat….
tidak akan aku lupakan cinta kita ini buat selamanya..
Biar jasad mu kini di kambus bumi
biar hanya nisan putih sebagai tanda
namu aku masih menyayangi mu buat selamanya

Seperti baru semalam bermesra bersama
merasakan kehangatan dakapan…
ungkapan cinta yang masih terngiang-ngiang disanubari…
masih terasa helahan nafasmu dibalik helaian rambutku…
wajahmu bermain diminda dan terbawa didalam lenaku….
suara mu masih terdengar seakan- akan memanggilku….
seperti dulu yang menyentuh sanubariku

Tak mungkin ada pengganti buat mu sayang
Kini puasara sepi menjadi tempat meluahkan rindu
yang semakin hari semakin mendalam dijiwa ini
Aku reda dengan permergian mu
walaupun perit untuk diterima…..

Kini apa yang ku harapkan kau akan berbahagia di sana
dan semoga kau ditempatkan bersama orang - orang yang beriman….Insya Allah
Setiap pertemuan itu pasti ada perpisahan…
Yang hidup pasti akan mati….
Yang hilang itu pasti akan berganti…
Hanya Allah yang tahu segalanya…
Mungkin ada Hikmah di sebalik pertemuan dan perpisahan ini yang kita sendiri tidak tau..….

_jejah johan_


i wrote this in 2005...
idont know why... where the idea came from...
but this what i want to say....

0 comments:

Post a Comment