Exclusively By Izzah Johan

Wahai teman dan sahabat handai yang dirahmati Allah...Izah ingin menyeru jika ada yang sudi untuk menghulurkan bantuan dan doa untuk adik Ahmad Mahir Baihaqi bin Che Amran (Raihan) yang baru menjalani pembedahan tumor di bahagian otak di Hospital UKM, Cheras. Semoga Allah memberikan kesihatan dan kesejahteraan buat dirinya serta seluruh ahli keluarganya. Syafakallah....
 Bantuan boleh disalurkan terus ke akaun MAYBANK 164397966095 atas nama CHE AMRAN BIN IDRIS. Segala sumbangan dan bantuan yang diberi amat dihargai dan hanya Allah yang dapat membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Semoga Allah memberikan kesihatan dan kesejahteraan buat dirinya serta seluruh ahli keluarganya. Tengoklah keadaan anaknya dalam video ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…
Walaupun Che Amran mampu tersenyum dengan keadaan anaknya, tapi dalam hati dia, hanya Allah saja yang tahu perasaannya…

Hari ini Allah uji beliau dengan ujian sebegini esok lusa mungkin giliran kita pula... 
Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ “
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.” (HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)


Sumber:fitrihadi.com

Pada 17 Dec 2011 hari tu Izah ngan Syima pergi ke MPH One Utama. Memang dah tau yang ada majlis pelancaran dan sesi bertemu peminat untuk novel Fiksyen 302 dan Detik Debar kat sana... (diatas Maklumat dari En Hazman... Terima Kasih yer.. *wink*)
Tapi tak sangka pula kami dapat join majlis pelancaran tu... Weehhoooo!!!
Seronok sangat... pengalaman yang sangat berharga rasa nye....
walaupon nampak simple but sgt bermakna.. 
hope kalau pelancaran "Sunan Musafir" nanti dapat join jugak macam nie :) 
kegembiraan tak dapat nak di gambarkan dengan kata-kata.. 
meh jom tgk gambar2 kami kat majlis pelancaran nie :
Kami Posing dulu sementara menanti majlis pelancaran bermula *smile* 

 Here you go my fav author Ramlee Awang Murshid and the new fav author Eyman Hykal
More, more and more pictures during the launch.... Read More.....


Dialah pasangan
pengaruh kelembutan
bimbinglah dengan bimbingan
cetusan membahagiakan

Kau wanita
terbilang tabah cekal bertandang
kerana kau lahirlah penerus jasa

Kau solehah
Bahkan nyawa kau pertaruhkan
Agar nur iman terpelihara

Kau wanita
terbilang tabah cekal bertandang
kerana kau lahirlah penerus jasa
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Ya Allah....Lindungilah aku... Perliharalah aku... Jadikan aku Wanita Solehah yang Tabah dan Cekal dalam menempuh segala ujian mu dalam meneruskan hidup dan perjuangan sebagai Muslimah sejati yang sentiasa dekat disisiMu Ya Rabb...
Aku hanyalah Hamba Mu yang amat lemah dan mengharapkan sedikit kekuatan dari Mu Tuhan yang maha Esa.... Perliharalah Hati ku supaya sentiasa dekat disis Mu...
Amin Ya Rabbal Alamin.....

Sebuah komik yang mengisahkan kemuliaan hati seorang lelaki muslim yang cintakan Allah.

Komik ini diadaptasi dari kisah benar. (Sumber)


Hanya sampai di sini sahaja
Kisah cinta kita berdua
Tiada daya selamanya
Terhenti di sini

Biar ku pujuk ati ini
Merawat rinduku sendiri
Setelah aku kau lukai
Sedangkan kau tahu

Kasih aku hanyalah untukmu
Tiada lain dalam diriku
Takkan berubah
walau dipisah laut biru

Cinta aku hanyalah untukmu
Tak pernah goyah
Tak pernah jemu
Takkan terpadam dalam hatiku
Ia milikmu.. percayalah

Mungkin sudah suratan kita
Terpisah sebegini saja
Pasti di suatu hari nanti
Ku jejak bahagia...
---------------------------------------------------------
Hanya Sampai disini saja.... Pasti suatu hari nanti ku jejak bahagia....
Hanya yang kumahu melihat kau sentia bahagia...
Ya Allah Lindungilah dia bagi ku.... Hanya kepada Mu aku berharap....
Berikan hanya yang terbaik buat Dia... kerna Aku amat menyintai dan menyayangi dia....
Namun semua sudah ketetapan mu... aku Redha....
Kerana tiada cinta lain yang amat ku damba... 
melaikan Cinta Agung Mu Ya Rabb... Pemilik sekelian Alam....
Amin Ya Rabbal Alamin.....



Raut wajah...Mendamaikan...
Dan sesuci..Selembut hatimu..
Sinar mata...Mempersona...
Bagai gugur seluruh jantungku...

Aku Ingin engkau tahu...
Cinta aku satu...
Tercipta buat dirimu..
Hanya... Untuk kamu...

Huuu....Huuu...Huuu....
Huuu....Huuu...Huuu...

Aku ingin engkau tahu..
Cinta aku satu.....
Tercipta buat dirimu...
Hanya untuk kamu....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lagu ini Khas buat Kamu 
Wangian sebaik-baik haruman. 
Sabda Nabi saw: "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi 
(Hadis Riwayat Imam Muslim)


Kasturi bertindak sebagai agen haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.



"Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.

Diriwayatka oleh al-Tarmidzi daripada Abu Ayub R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W maksudnya,

"Empat perkara daripada sunnah Rasul-Rasul iaitu: malu, berwangi-wangian, iwak dan nikah"

(Hadis Hassan)

Kasturi minyak wangi kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.

Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya,

"Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali"

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya,

"katanya.."Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya".

Sesiapa yang berminat nak tau lebih lanjut berkenaan wangian kasturi ini boleh lah menghubungi wakil pengedar seperti tertera dia atas
HAZMAN
(012-9740841)
Ingin imformasi tentang khasiat Haruman Kasturi Syifa ini?
jom baca entry ini sepenuhnya....

Tentang Kasturi Kijang
Kijang merupakan sejenis haiwan yang bertaring,ramai yang tidak mengetahuinya..
Gambar seekor kijang liar di kawasan Pergunungan Himalaya.
Kijang
Kijang,di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Common Barking Deer.Kijang berasal dari keluarga "Moschidae" yang telah hidup sejak zaman primitif.Nama saintifik bagi kijang pula adalah Muntiacus Muntjac.
Kijang India adalah spesies kijang yang paling luas taburannya. Ia mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang kala dengan tanda (creamy). Spesies ini memakan buah, pucuk, biji buah, telur burung termasuk haiwan kecil dan juga bangkai kecil. Ia menghasilkan bunyi menyerupai menyalak terutama apabila mengesan pemangsa
Kijang jantan mempunyai tanduk kecil yang mencapai kepanjangan 15 cm dan hanya 1 cabang. Ia tumbuh dari tunggul bertulang di kepala. Kijang jantan mempertahankan kawasannya dan ia amat garang berbanding saiznya. Ia akan berjuang sesama sendiri bagi mengawal wilayahnya dengan menggunakan tanduk atau lebih merbahaya lagi dengan mengunakan gigi taring atas seperti gading,ia mampu mempertahankan diri mereka dari pemangsa seperti anjing liar dan harimau.
Kasturi daripada Kijang
Setelah sekian lama,zaman berganti zaman dan kehidupan masyarakat bertukar ganti, rahsia kehebatan haruman kasturi terus diperkatakan sehingga kini hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.
Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta, bicara romantis dan juga hadis-hadis seperti..

Sabda nabi S.A.W:"belajarlah Al-Quran serta bacalah kerana perumpamaan Al-Quran bagi orang yang mahu belajar,membaca dan melaksanakannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat.Dan perumpamaan orang yang mahu memperlajarinya dan ia lupa(mengamalkannya),maka di hatinya seperti ada 1 bekas wangian kasturi yang masih tertutup."(Riwayat at-Tarmizi)


Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini?
Bagi yang kurang mengetahui,kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.
Sebenarnya, istilah kasturi merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan (gland or pod) .Kasturi kebanyakannya diperolehi daripada kijang yang terdapat di pergunungan Himalaya,di Wilayah Tonkin di China,Assam di India,Nepal dan Rusia.

Pada awal abad ke 19,nilai 1kg kasturi kering yang berasal dari Wilayah Tonkin bersamaan dengan harga 2kg emas. Sangat mahal kerana sukar untuk didapati.Sebagai contoh,untuk mendapatkan 1kg kasturi,kita memerlukan 30 hingga ke 50 ekor kijang jantan yang mempunyai bintil kasturi tersebut.Jika kita mahukan kasturi dari gred terbaik untuk tujuan komersial dan perubatan pula,untuk mendapatkan 700kg kasturi,kita memerlukan lebih kurang 100ribu ekor kijang jantan yang mempunyai bintil kasturi tersebut.

Pada hari ini,disebabkan spesies kijang yang menghasilkan kasturi agak sukar ditemui, saintis Cina beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan.Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.


Bintil kasturi kerap ditemui di bahagian antara perut dan genital,namun kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.Bulu pada bintik kasturi dikatakan terus tumbuh biarpun setelah terasing dari kijangnya.


Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.
Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.

Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.
Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan yang paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.
Harga kasturi di kawasan asal ia ditemukan sangat mahal mengikut kualiti gred dan keasliannya. Ia boleh mencapai harga sehingga ribuan ringgit sebiji. Beberapa gram butiran kasturi sahaja sudah mencapai harga ratusan ringgit.
Kasturi banyak dimanfaatkan dalam pembuatan minyak wangi kerana ia menguat dan memanjangkan hayat haruman.

Adakah kasturi sah dibawa bersolat kerana ia berasal dari haiwan?

Dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan.

Selain faktor itu, bintil kelenjar ini juga 'dipisahkan' dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih.
"Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi.
"Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai harumannya," jelas Datuk Noh Gadot

KHASIAT DAN KELEBIHAN KASTURI
-Berdasarkan kajian yang di buat oleh ilmuan terutama IBNU QAYYIM AL JAUDIAHRIA dan ahli-ahli perubatan islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat :-

(1) menenangkan jiwa dan hati
(2) mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
(3) menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
(4) menghilangkan debaran jantung dan sesak nafas
(5) menyedarkan orang pengsan
(6) membuang angin yang berlebihan dalam badan(7) memperkuatkan organ dalaman tubuh
(8) menghilangkan rasa gementar dan sejuk tubuh
(9) menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
(10) Allah s.w.t redha, disukai para malaikat dan orang-orang solah, dan sebaliknya dapat mengusir syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

MENCEGAH GANGGUAN JIN DAN ANGIN AHMAR
- caranya adalah digunakan sebagai minyak wangi sepanjang masa
Semua penyembuhan adalah daripada Allah s.w.t, kita hanya ikhtiar dan juga fadhilat yang paling baik ialah hendaklah kita bersolat dengan mengamalkan wangi-wangian kerana 70 kali lebih baik daripada tidak memakai wangi-wangian. Insyaallah....

Sebarang kemuskilan dan beminat mendapatkan haruman ini
Hubungi wakil pengedar Haruman Kasturi Kijang Syifa seperti tertera dia atas
HAZMAN
(012-9740841)
Comel tak anak saudara Izah nie? Nama die Syasya Irdina nama die...
memang die nie kalau di suruh posing laju je.... 
Izah dok masukan die untuk satu pertandingan untuk kids yang mengayakan Hijab
So izah pon send lah gambar di atas untuk pertandingan nie..

KIDS SHOWTIME CONTEST!!!
 Contest nie by Al-Humaira' Contemporary di Facebook
Contest nie bermula dari 14 November 2011 hingga 21 November 2011
So Izah meminta kerja sama anda yang membaca untuk Vote Syasya Irdina untuk contest nie.
Cara untuk Mengundi atau Vote Syasya Irdina untuk Contest nie:
Click "Like" Al-Humaira Contemporary page first


Then click "Like" to Syasya Irdina Picture at This Link

Tapi ada syarat yer... Anda yang ingin Vote untuk Syasya... Anda mesti lah mempunyai FB dan juga mesti lah warga negara Malaysia :) tu syarat yang telah di tetapkan penganjur.
So kepada yang sudi untuk Vote Syasya Irdina Izah dahului dengan Ribuan Terima Kasih and Pray for us key 
Nak tengok lagi tak gambar Syasya Irdina dengan Pose-Pose ala model die? 
tgk kat bawak nie key.... Enjoy!!!!

Masa mula2 baca entry nie dari blog nie waktu malam... but tetiba sangat lah terliur dok tengok semua jenis sarapan pagi ataupon breakfast ynag popular kat negara-negara lain seluruh dunia... Izah memang jenis breakfast person. sangat suka makan breakfast....kalau pegi hotel tu... memang lah tak pernah tinggal breakfast kat hotel tu kan.... walaupon takde lah hebat sangat... but makan juga...
Sebab tu bila Izah baca je entry nie terus glupping.... mcm nak makan semua brekfast nie esok... :P

~ sarapan pagi orang kita di Malaysia..hehehe... nasi lemak nie Izah buat tau... nak rasa? ~

~Yang nie masa kat Strawberry Park Hotel Cameron Highland...
suka sangat!!! western gitu~
Hah... nak tau mcm aman breakfast kat negara- negara lain???
Apa-apa hal, jom layan gambar-gambar sarapan pagi diorang ni,
mana tahu nanti makan pagi bertukar menu..hehehehe =D


Berubah.
Ramai yang ingin berubah dan mengajak orang lain untuk berubah. Maksud saya disini, berubah menjadi untuk lebih baik dari sebelumnya.  Dulu malas solat, kepada rajin untuk berjemaah. Dulu buka aurat, kepada menjadi seorang yang amat menjaga aurat.
Bila hati kita terdapat niat untuk berubah itu, Alhamdulillah. Hati kita masih peka dan lembut  untuk menerima sahutan itu, untuk keluar dari lumpur kejahilan. Namun yang selalu menjadi persoalannya adalah; berubah secara total mahu pun secara beransur – beransur?

Blub...blub...blub..... 
Nak tau how we have fun during weekend? 
hahahahaha..... i love spend my weekend with my beloved around 
 J

 Entry nie short je key... saja2 nk buat gempak.... Alhamdulillah yesterday (7/11/2011) Izah dan kawan2 telah berjaya menderma darah kat Jaya Jusco Bukit tinggi this is my second time after last 3 months kat Adtech yang Izah pernah tulis kat entry Blood Donation 
En Hazman nie dah biasa dah derma darah nie... nk dekat 8x kot.. aahhh... jealous!!!..
Izah baru yang ke 2 kali... xpa2... niat Izah nk consisten derma darah setiap 3 bulan... Insya Allah... 
So next appointment derma darah on January pulak....x sabar nk derma darah lagi...
Nie kisah si Syima pulak... last time masa derma darah die x dpt join pasal kurang berat badan.. so die dok tgk je lah kami menderma darah
kali nie die berjaya layak menderma darah after cukup berat badan 45kg... tu yg excited +nervous tu... hahaha... so dok ambik lah gambau die first time derma darah yek....
Insya Allah kami semua akan konsisten menderma darah every 3 months... Sedikit amal jariah yang kami hulurkan untuk membantu negara....masing2 jenis darah berlainan 
Jenis Hazman 'O', Izah 'AB' , Syima 'B' so sapa nk cukupkan korum kami darah jenis 'A'?
Kalau ada rasa nk derma darah tu g lah... jangan takut2 key... x sakit pon :)
Jantan  tak guna.... !!! tak guna... tak guna....

Nk tau nape die nie nagis?
usha lg key.... hahahahhahah.....


Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur? Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.
Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang. 

(Gambar nie anak buah Izah -Mohd Ghazali yang sgt comel dan suci je muka dia time tido... mcm nak pelok kuat2... rasa penuh kasih sayang rasanya)

Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur. Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.