Exclusively By Izzah Johan

Selamat Hari Wanita Solehah

Selamat Hari Wanita Sedunia....
But saya tambah sikit Selamat Hari Wanita Solehah....
Insya Allah....

Memang benarlah seperti yang dikata kan oleh Kekasih hati kita Rasulullah S.A.W, golongan wanita ini amat di kasihi oleh Rasulullah dan berpesan kepada golongan lelaki ini melindungi dan berbuat baik kepada wanita, khususnya ahli keluarga terutama kepada ibu dan saudara perempuan. Sebagi contoh yang terbaik cara Rasulullah sendiri melayani wanita dan ahli keluarga baginda. Rasulullah amat memuliakan kaum wanita dan mereka di beri keutamaan dalam Islam. Sejak kedatangan Islam di Mekah juga telah memberi pembelaan terhadap kaum wanita dan menaikan maratbat mereka. Dimana pada zaman jahiliah dulu kaum wanita sering di tindas, di perhambakan serta diperdagangkan. Anak-anak perempuan yang dilahirkan kedunia ini dianggap beban dan amat tidak berguna. Kerna itu jika seseorang wanita yang melahirkan anak perempuan, anak itu akan dibunuh supaya tidak mendatangkan beban dan meyusahkan ibu bapa dikemudian hari apabila mereka sudah dewasa. Gadis - gadis pula di perdagangkan sebagai hamba dan bahan hiburan bagi golongan atasan serta digunakan sebagai tempat memuaskan nafsu. Betapa sedihnye nasib seorang insan bernama Perempuan / Wanita pada ketika itu.
Kerna Islam itu sendiri memberi keadilan dan kesamarataan untuk seluruh umat manusia, maka wanita ini dilindungi supaya seiring dengan lelaki. Diberi hak yang sama dengan lelaki.

Panjang pulak cerita pasal wanita dan islam nie kan... bukan apa pasal bila kita cerita pasal Hari Wanita sedunia nie sebagai wanita yang beragama Islam kita patut bangga dengan keperihatinan dan keindahan ajaran islam ini yang banyak membela dan memberi kelebihan kepada wanita- wanita di dunia ini. walaupon dunia mengatakan Islam nie menindas wanita kerna perlu bertudung/berjilbab serta menutup aurat. Wanita dalam islam juga perlu menjaga adab pergaulan didalam masyarakat yang kelihatan sedikit terkongkong jika kita tidak memahami keindahan disebalik peraturan Allah ini. Kerna Allah maha kuasa dan juga pemilik sekalian alam ini. 

Rasulullah pernah bersabda " Dunia ini ada adalah perhiasan, dan sebaik - baik perhiasan adalah wanita solehah" (Riwayat Muslim). 
Masya Allah... betapa tinggi dan mulianya martabat wanita soleheh itu disisi Allah S.W.T.
Daripada Umm Salamah, isteri Nabi SAW, katanya(di dalam sebuah hadis yang panjang):
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Adakah wanita di dunia lebih baik atau bidadari?”
Baginda menjawab, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Bagaimanakah itu?”
Baginda menjawab, “Dengan solat, puasa dan ibadat mereka kepada Allah, Allah akan memakaikan muka-muka mereka dengan cahaya dan jasad mereka dengan sutera yang berwarna putih,berpakaian hijau dan berperhiasan kuning….(hingga akhir hadis)” 
(riwayat al-Tabrani)



Sebagai wanita islam kita patut kejar "title" Wanita Solehah tu... namun, dalam dunia yg serba moden dan mencabar nie memang lah tak senang...hanya Allah yang tahu betapa beratnya ujian tu dan sesuangguhnya Allah tu Maha mengetahui. Allah juga berhak memberi hidayah kepada wanita - wanita Islam ini kekuatan untuk menempuh segala ujian dan cubaan untuk menjadi Wanita Solehah ini. Semoga kita didalam golongan yang mendapat hidayahnya Amin. Ingin menjadi wanita solehah perlulah mengikut garis panduan yg telah di tetapkan oleh Allah... Sangat mudah peraturanya...namun sangat mencabar perlaksanaanya terutama sekali untuk istiqamah dalam melakukanya... kerna itu lah ibadah... pernah saya dengar satu ustaz berceramah.. untuk perkara ibadah itu sememangnya penat untuk dilakukan... tu adalah ujian dan godaan untuk manusia. Renungan ini buat diri sendiri dan juga sahabat - sahabat yang sudi membaca


Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
 
2 . Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

Insya Allah semoga kita sebagai wanita islam mencuba untuk menjadi wanita solehah yang Insya Allah... Allah telah janjikan martabatnya lebih tinggi dari Bidadari syurga... Wanita Solehah akan menjadi Ketua Bidadari kepada suaminya... Insya Allah...


Renung-renungkan kata ini;


"Seorang muslimah sejati bukan dilihat dari kecantikan dan keayuan wajahnya semata-mata.wajahnya hanyalah satu peranan yang amat kecil,tetapi muslimah sejati dilihat dari kecantikan dan ketulusan hatinya yang tersembunyi.itulah yang terbaik"


“Muslimah sejati juga tidak dilihat dari bentuk tubuh badannya yang mempersona,tetapi dilihat dari sejauh mana ia menutupi bentuk tubuhnya yang mempersona itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari sebanyak mana kebaikan yang diberikannya ,tetapi dari keikhlasan ketika ia memberikan segala kebaikan itu.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa indah lantunan suaranya tetapi dilihat dari apa yang sering mulutnya bicarakan.muslimah sejati bukan dilihat dari keahliannya berbahasa,tetapi dilihat dari bagaimana caranya ia berbicara dan berhujah kebenaran”



“ketahuilah muslimah sejati bukan dilihat dari keberaniannya dalam berpakaian grand tetapi dilihat dari sejauh mana ia berani mempertahankan kehormatannya melalui apa yang dipakainya.
Muslimah sejati bukan dilihat dari kekhuwatirannya digoda orang di tepi jalanan tetapi dilihat dari kekhuwatirannya dirinyalah yang mengundang orang tergoda.muslimah sejati bukanlah dilihat dari seberapa banyak dan besarnya ujian yang ia jalani tetapi dilihat dari sejauh mana ia menghadapi ujian itu dengan penuh rasa redha dan kehambaan kepada TUHAN nya,dan ia sentiasa bersyukur dengan segala kurniaan yang diberi”
“dan ingatlah anakku muslimah sejati bukan dilihat dari sifat mesranya dalam bergaul tetapi dilihat dari sejauh mana ia mampu menjaga kehormatan dirinya dalam bergaul”

0 comments:

Post a Comment