Exclusively By Izzah Johan

Andai aku adalah tulang rusukmu

 

Andai aku adalah tulang rusukmu yang telah hilang
Aku berharapJika nanti Allah mempertemukan kitaKau akan selalu membimbingkuAgar aku menjadi wanita yang solehahYang nantinya akan menjadi bidadarimu di syurgaKerana aku ingin kita akan disatukan di dunia dan akhirat ~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Andai kau ditakdirkan untuk menjadi ayah buat anakkuJadilah ayah yang boleh mendidik anak kitaAgar mereka nanti menjadi anak kebanggaan buat kita di dunia dan akhiratIaitu anak yang soleh dan solehahYang boleh menjunjung tinggi Agama Allah
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Andai engkau ditakdirkan untukkuKu harap kau boleh menjadi imam buatku dan anakkuKau boleh menjadi pemimpin yang baik dalam rumah tangga kitaKau boleh mencintai aku apa adanyaDan boleh menyikapi kekuranganku dengan penuh kebijaksanaan
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Dan andai aku salahTegurlah aku dengan kata-katamu yang penuh dengan kelembutan dan kebijaksanaanAndai aku marahBelailah rambutku dengan penuh kasih sayangmuAgar marahku boleh berubah menjadi kelembutanAndai aku lupaIngatkanlah aku dengan penuh kasih sayangAgar nanti kau tetap menjadi suri tauladan bagiku dan anak kita
~•♥•~•♥•~~•♥•~•♥•~~•♥•~
Kerana..Aku hanya mengharapkan imam yang baik dalam rumah tanggakuYang bisa selalu membawa aku ke jalan yang diredhaiNyaJalan yang menuju syurgaNya bersama dirimu

~♥~ InsyaAllah, aamiin ~♥~


0 comments:

Post a Comment