Exclusively By Izzah Johan

Blood Donation

Blood Donation or Derma Darah

Last saturday Izah pegi Open Day ADTEC kat Shah Alam, memang ada niat pon nk derma darah, pasal si Syima tu nak sangat derma darah, layankan aja. Sepanjang hidup 24 tahun, nie lah kali pertama Izah derma darah... dulu masa muda-muda ( mcm skrg tua sgt) izah mmg jenis yang takut jarum.. pernah dulu nak kena masuk air sanggup refuse pasal takut nyer pasal.. kalau dok kena injection tu memang teramat lah takut... tapi sejak-sejak dah dewasa nie.. alhamdulillah... dah x takut langsung dengan injection or jarum tu... suka lak kalau kena ambik darah ke ape...gilo apo pompuan nie) huhuhuhu.... Rasanye pasal dh selalu sangat kena injection pasal sakit ngan masuk air masa sakit dulu so dh rasa biasa je... xda lah nk cuak sangat kat... tapi berdebar jugak.. bukan pasal apa, berdebar pasal takut x boleh derma darah pasal sebab tertentukan... but alhamdulillah dengan izin Allah... Izah dapat menderma 1 pain darah AB+ on that day... YaY!!!... 
Darah AB+ nie walau pon boleh menerima semua jenis darah tapi Donor AB+ hanya boleh mendermakan pada AB+ sajaha. Percentage orang yang berdarah AB adalah hanya 4% dari seluruh penduduk dunia dan merupakan percentage yang terkecil jika dibandingkan dengan golongan darah lain. Kira Izah one of the special person from 4% in the world gitu...

Nak tengok lagi gambar kami???  


 
Saja lah tu buat muka... hahahaha.... konon sakit... 
padahal boleh lari2 jer after derma darah tu....

 So jom lah derma darah memang best sangat... kenapa kita kena derma darah???


Satu unit darah yang anda dermakan dapat menyelamatkan nyawa: 

1. Mangsa Demam Denggi
2. Mangsa kemalangan yang banyak kehilangan darah
3. Ibu-ibu yang mengalami tumpahan darah selepas bersalin
4. Bayi yang memerlukan pertukaran darah
5. Pesakit Talasemia
6. Pesakit Anemia
7. Mangsa kebakaran
8. Pesakit leukemia
9. Pesakit Haemifilia

Anda layak untuk menderma darah sekiranya: 


1. Mempunyai berat badan yang melebihi 45 kilogram
2. Berumur antara 18 tahun hingga 60 tahun (Sekiranya anda berumur 17 tahun, anda perlu dapat kebenaran bertulis daripada ibubapa/penjaga)
3. Tidur yang melebihi 5 jam pada malam sebelum hari pendermaan
4. Tahap hemoglobin (kandungan protin dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5g%
5. Tidak mengambil sebarang ubat antibiotik kecuali diberi kebenaran oleh pegawai perubatan.
6. Tidak mengambil minuman beralkohol 24 jam sebelum menderma darah
7. Tidak mengidap penyakit Tekanan Darah Tinggi, Diabetis dan Sakit Jantung
8. Tidak mengidap Penyakit Talasemia, Haemofilia, Hepatitis B atau C, Penyakit Kelamin, AIDS dan sebagainya. 



Sumber: Pusat Darah Negara


Memang after derma darah nie izah rasa pening sangat mcm nak pitam... nurse tu pon kata muka izah pucat after derma darah tu... but they sangat lah caring n friendly... rasa seronok sangat derma darah.... Insya Allah Izah akan teruskan walaupon banyak mitos yang mengatakan akan bertambah berat badan selepas derma darah...
So Izah kena lah positive kan pikiran.. jangan pikir bukan-bukan... bersenam dan jaga permakanan Insya Allah x ada apa-apa yang penting ikhlaskan niat untuk membantu... kerna kita milik Allah.. kita kongsikan bersama yang lain nikmat yang ada. Semoga Allah gantikan dengan kesihatan yang lain.... Niat izah nak sentiasa derma darah pada masa akan datang.... anda semua tau x keistimewaan penderma darah?

 Keistimewaan untuk penderma darah
1 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan (tidak termasuk x-ray dan pembedahan) dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan 
2-5 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk tempoh 4 bulan dan percuma bagi pelalian Hepatitis B 
6-10 kali - percuma rawatan pesakit luar untuk 1 tahun dan rawatan perubatan kelas dua untuk 6 bulan
11-15 kali -  percuma rawatan pesakit luar untuk 2 tahun dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 1 bulan 
16-20 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 2 tahun
21-30 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas dua untuk 3 tahun
31-40 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk 4 tahun

41-50 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk 6 tahun 
Lebih 50 kali - percuma rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan dan wad kelas satu untuk 10 tahun dan wad kelas dua seumur hidup selepas 10 tahun di wad kelas satu..
 
Sumber: buku merah derma darah tu, daripada rujukan surat pekeliling KPK 5/2005 bertarikah 20 Julai 2005, 


So... Apa lagi... Jom lah derma darah so that we can help other and Jazakarallahu Khairan... Insya Allah....

0 comments:

Post a Comment