Exclusively By Izzah Johan

Ku Pinang Kau Dengan Bismillah

 Dah lama dah nak buat entry nie bila dok dengar lagu Rossa ngan Pasha Ungu yang bertajuk Ku Pinang Kau Dengan Bismillah....
Sebelum dok nk cerita panjang... Jom hayati lagu nie yek.... :)




Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah
Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Zaman sekarang nie, bila dok cerita pasal nikah dan kawin je mesti ramai yang suka... lagi-lagi bile dah umur wajib kawin mcm Izah nie kan.... Pernikahan dan Perkahwinan itu sangat indah dan merupa kan sunnah Rasulullah S.A.W yang amat dituntut dalam islam. Orang yang berkahwin nie di ibaratkan mendirikan sebuah Masjid... Subahanallah... besarnya pahala orang yang berkahwin itu....

Nampun yang demikian, pada zaman yang serba mencabar ini, perkahwinan sudah menjadi sesuatu yang agak berat dan yang lebih tepat lagi 'Mahal'. Apa bila di utarakan mengenai perkahwinan si Lelaki pasti termenung dan menggaru kepala... " Mana nak cari duit nie??" soalan yang sering di pikir kan. kalau tidak pon ada yang berkata "Mana nak cari duit, mana mampu nak kasi anak orang makan" semua nie terjadi bila kebanyakan zaman sekarang mengiku 'trend' hantaran RM 10,000 tu adalah seperti suatu kemestian... belanja barangan hantaran, untuk buat kenduri kendara... banyak duit yang perlu digunakan untuk berkahwin. Maka ramai lah jejaka dan wanita yang berkasihan tidak sanggup untuk berkahwin kerana x cukup "budget" kata mereka... Mak ayah pula malu kalau x mampu nak buat majlis besar2 takut orang keliling mengata... Izah pon pening kepala tengok gelagat orang2 sekarang... tidak mahu lah mengata mana-mana pihak... Akhirnya sanggup tgk anak kehulu hilir bersama tanpa ikatan.. hanya sekadar "couple" atau bercinta sahaja...

Dulu Izah pon ada impian perkahwinan sendiri.. nk buat mcm princess lah kan.. orang kata sekali seumur hidup... so kena lah nikmatinya betul2...nak tu nak ini...
Tapi tu dulu... tapi sekarang Izah mempunyai pandangan yang berbeza... Izah cuba mengikut sunnah Rasulullah S.A.W
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

خَيْرُ النِّكَاحِ أَيْسَرُهُ

“Sebaik-baik pernikahan adalah yang paling mudah.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 6/13, no. 1808. Dinilai sahih oleh al-Albani)


إن من يمن المرأة تيسير خطبتها وتيسير صداقها وتيسير رحمها

“Di antara kebaikan wanita adalah mudah urusan melamarnya, mudah maharnya (maskahwin), dan mudah rahimnya (mudah melahirkan zuriat).” (Hadis Riwayat Ahmad dan ath-Thabrani. Majma’ az-Zawa’id, 4/516, no. 7482)


Izah tidak mahu menyusah kan bakal Zauj Izah nanti untuk melamar Izah.... cukup lah semampu dia memerikan hantaran buat izah nanti... berapa Mahar... wang hantaran tu semua x penting... kalau boleh izah nk pujuk mak dan ayah supaya x yah lah nk letak berapa wang hantaran tu... tapi orng kata.. nnt nk buat kenduri pakai duit apa? so kenduri x yah lah besar2... simple2 je... x yah bersanding pon xpa... Izah hanya mahukan Zauj yang menyayangi izah dan mampu membimbing Izah dan keluarga je... Izah nak yang paling mudah dan senang untuk bakal Zauj izah tapi jika Bakal zauj Izah tu mampu boleh lah berikan apa yang Izah idam kan seperti yang kat bawah nie. Bukan hanya barangan sahaja... tapi perlulah dengan 'package' nyer sekali... kalau tidak mampu bab barang... tapi pastikan 'package lain' tu die wajib laksanakan untuk memiliki Izah huhuhuhu... yo lah tu Izah oi...

Cincin sebagai tanda Izah milik dia... tidak perlu lah mahal2 yang seadanya dan biasa-biasa pon tak pe... sebenarnyer terima je yang mcm mana dia nak kasi.... Cincin nie simbolik je bukan aper... Izah pon suka kalau suami Izah nanti pakai sebentuk cincin tanda pernikahan kami.. Ambil sunnah nabi... pakai di jari manis sebelah kanan.... :)

Telekung dan Sejadah
Ia untuk Izah menunaikan solat... memang nmpk biasa orng bagi... tapi dengan satu syarat... dengan telekung itu die mestilah bersedia untuk memimpin solat Izah sebagai Imam solat fardu semaksima yang boleh.. maksudnya... setiap waktu solat fardu apabila kami bersama dirumah dia akan mengimamkan solat di "masjid" milik kami nanti... sentiasa mengingatkan antara satu sama lain mengenai kewajipan solat dan mengalakan masing-masing untuk memperbanyakan dan bersama-sama melaksanakan solat sunat dan solat malam....

 Al-Quran...
Rasanya kalau orang bagi hantaran memang ada hantara Al-Quran nie... tapi yang paling penting, Izah mahukan bakal Zauj izah mampu membimbing Izah membaca Al- Quran dengan betul. Di samping itu menggunakan Al-Quran dan Kandunganya sebagai panduan dalam mengemudi bahtera Perkahwinan kami. Dia juga akan mendidik Izah dan anak-anak berlandaskan Al-Quran dan sunnah Rasulullah S.A.W. Kedengaran seperti simple.. tapi berat tanggungjawab sebagai Zauj disebalik Al-Quran ini.


Sepasang Baju atau pun Kain Persalinan
Yang hak nie pon ramai orang dok bagi lah Izah oi... benda2 basic nie kan....Katanye
Yea... yang nie mmg simple je... Kain yang di buat baju atau baju... tapi dengan baju ini Zauj Izah perlu mendidik Izah menjaga dan melindungi aurat dengan sentiasa memakai pakaian yang menutup aurat mengikut ajaran islam... Bakal Zauj Izah bertanggungjawab memastikan Izah mentiasa "cukup kain" untuk melindungi Aurat Izah dan anak-anak kelak.... Sentiasa membimbing Izah dalam adab sopan dalam berpakaian.. kerna dia harus lindungin sesuatu miliknya dari di pandang orang lain atau mengelakan orang lain menikmati yang sesuatu itu hanya miliknya... so paham2 lah kan...

Manisan
Manisan yanag kau nak Izah??? hehehehe... manisan ini sebagai tanda yang bakal Zauj Izah nanti akan sentiasa mewarnai dan memberikan kehidupan yang indah buat Izah nanti Insya Allah.. Rasulullah S.A.W suka sesuatu yang manis. Melayari kehidupan sebagai suami isteri pasti ada pahit manisnya... semoga perkahwinan ini sentiasa lebih banyak menempuh suasana yang indah dan manis berbanding yang pahit. Kemanisan berumah tangga itu harus di kekalkan tidak hanya di awal perkahwinan... Ia haruslah berpanjangan sehingga akhir hayat....

Itu sahaja lah impian perkahwinan Izah... simple sahaja.. barangan hanyalah simbolik.... tetapi tanggujawab sebagai Zauj itu yang Izah titik berat kan... Barangan boleh di tukar ganti dan di perbaiki dari masa kesemasa... tetapi Zauj tu perlu lah mempunyai Asas sebagai Muslim yang cintanya pada Allah....

"Aku mencintaimu kerna agama yang ada padamu. Jika kau hilangkan agama dalam dirimu maka hilanglah cintaku padamu..."

"Ya Allah... Jika aku jatuh cinta....cintakan aku pada sesorang yang melabuhkan cintanya kepada-Mu...
Agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu"

".....Jadikan Hati kami saling berkasihan hanya kerana Mu dan Semoga semakin bertambah Kecintaan kami terhadap-Mu"

.




 

2 comments:

  1. Ya Allah ku doakan gadis ini bertemu bakal suami yang mulia hatinya, kuat agamanya... amin.

    Aku sokong tu izah... biarlah sederhana... itu akan lbh berkat. Sanding bagai nak rak pun akan gaduh juga tu dan akan lbh sakit bila kita teringatkan majlis kahwin kita bgtu bgni tp akhirnya penuh ranjau..

    ReplyDelete
  2. Amin Ya Rabbal Alamin... Syahdu aku baca doa kau untuk aku... thanks Allah. Jazakallahu Kahairan...
    :P

    betul tu nani... just simple... yg penting die sayang saya....buat masa ini belum ada yg sudi menyanyangi sy hahhahahah....

    ReplyDelete