Exclusively By Izzah Johan

Pesanan Buat Adam dan Hawa




Assalamualaikum.... Hari tu izah dok cerita pasal Cinta Zulaikah dan Yusuf kan. Tapi kali nie bukan lah nak citer pasal kisah cinta adam dan hawa pula. Tapi mengenai ciri-ciri pilihan bakal zauj dan zaujah impian. Sungguh indah dan sempurna ciptaan Allah S.W.T. Cinta, Adam dan Hawa membuatkan dunia ini berputar dengan sempurna menjadikan manusia hidup berpasangan dan saling memahami. Namun bukan senang mencari pasangan yang benar-benar sesuai dan berkenan di hati. Namun jodoh dan pertemuan itu merupakan ketetapan Allah namun perlu di usahakan.


Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (Surah al-Rum: 21)


Tiada manusia yang sempurna... Adam dan Hawa ini di jadikan supaya saling melengkapi antara satu sama lain dalam membina keluarga yang sempurna... bagaimana mencari Adam dan Hawa yang layak dijadikan pasangan hidup....
  


Wahai kaum Adam..
Andai mahu mencari Hawa..
1. Jangan dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata. Kerana hawa hari ini tidak lagi seperti dulu. Lihatlah pada telapak tangannya. Andai mudah telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa lapik. Fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. Sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki atau wanita yang boleh kita kahwini.
2. Jangan dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. Lihatlah pada sebujur bibirnya. Andai kata-katanya berbisa atau kuat suaranya. Fikirlah semasaknya andai hati masih teringin menyuntingnya. Khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami. Menabur buruk diri si suami.
trans Jika Ingin Mencari CINTA...
3. Jangan dilihat pada cantik ayu wajahnya semata-mata. Lihatlah pada sepasang indah mata miliknya. Andai tidak redup menunduk pandangan. Fikirlah semasaknya andai ingin terus menyunting dirinya. Khuatir bila sudah bersuami matanya masih terus meliar memandang segak rupa lelaki lain yang bukan bernama suami.





Wanita dan Emosinya

Setegar manapun seorang wanita menampilkan dirinya, namun naluri dan emosi kewanitaannya tetap nampak dan eksis tanpa dipinta. Walaupun seorang wanita dapat menyembunyikan emosinya tetapi dapatkah seorang wanita menyembunyikan fiziknya sebagai seorang wanita ? Ini adalah sebuah ciptaan yang tidak dapat disembunyikan. Dalam hadis Rasulullah saw bersabda : Wanita adalah ibarat tulang rusuk. Dan tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas. Maka jikalau engkau cuba meluruskannya , maka engkau akan mematahkannya dan jikalau kau biarkan saja, maka ia akan tetap melengkung selama lamanya . Maka nasihatilah wanita dengan baik. Allah menciptakan wanita dengan organ dan sistem tubuh untuk mengandung dan melahirkan anak. Untuk kesempurnaan tugas ini maka pada wanita dilengkapkan dengan sifat sifat , penyayang dan pelindung . Sifat sifat kewanitaan wanita yang saya maksudkan adalah lebih kepada sifat sifat sensitiviti terhadap ahlinya sehingga seorang wanita selalu lebih tampil dengan sifat sifat emosionalnya seolah olah wanita selalu tidak dikatakan tidak berpikiran rasional. Seorang wanita yang paham ttg. hadis di atas sudah tentu redha dirinya diperhatikan dan dikendalikan oleh pasangannya agar hidupnya tidak terjerumus kepada hal hal yang memudaratkan.


Untuk Hawa pula..
Andai mahu menerima cinta Adam…
1. Jangan dilihat pada kereta mewahnya semata-mata. Lihatlah pada aktiviti malamnya. Andai liar hidupnya tika malam menjelma, fikirlah sebaiknya andai mahu menerima. Kerana maksiat itu lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. Khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah…
2. Jangan dilihat pada pakaian berjenama semata-mata. Lihatlah pada bahagian kakinya. Andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola, fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri…
3. Jangan dilihat pada tampan paras semata-mata. Lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. Andai dia mudah menghambur carutan dan sumpah seranah. Fikirlah sebaiknya andai masih tegar memilihnya. Khuatir pabila bersama kelak. Kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.

Lelaki dan Keegoannya

Dalam al Quran Allah berfirman , " Kaum Lelaki itu adalah pemimpin kaum Wanita ". Kenyataan dari firman Allah ini memperlihatkan bahwa Allah telah mempersiapkan kepada kaum lelaki sifat sifat kepemimpinan . Pada sifat sifat kepemimpinan inilah kewibawaan seorang lelaki dan tampil dengan memperlihatkan keegoannya .

Seorang wanita pula selalu melihat isu keegoan lelaki ini sebagai satu tekanan bukan sebagai satu penciptaan sehingga selalu seorang wanita selalu terlepas pandang untuk dapat mempelajari sesuatu tentang kebijaksanaan ciptaan Allah SWT. Dalam menjalankan kewajiban sebagai seorang isteri seorang wanita dituntut untuk selalu berlaku taat kepada lelaki yang bergelar suami sehingga apabila ada perintah yang tidak atau kurang disenangi oleh si wanita tadi atau perintah yang menghalang wanita / isteri tadi memperoleh keinginannya maka sudah tentu ketaatan tadi menjadi beban dalam melaksanakan tanggungjawab tersebut.

Dilain pihak seorang lelaki yang tidak menghayati matlamat dan tujuan penciptaanNya sudah tentu menjadikan sifat sifat tersebut sebagai satu pijakan untuk memperlihatkan keperkasaan keegoan yang ada. Padahal sikap dan sifat kepemimpinan yang dipersiapkan oleh Allah tadi adalah bermaksud untuk melindungi wanita wanitanya bukan bertindak atau berlaku kasar apalagi menganiaya .
Dalam hadis Nabi saw bersabda :
Lelaki yang baik adalah lelaki yang menyayangi ahlinya. 
Lelaki yang hina adalah lelaki yang menghina wanitanya

Sumber

0 comments:

Post a Comment