Monday, September 5, 2011

Rahsia Jari Jemari

Setiap org mempunyai tangan masing2 kan..? dan tangan anda ada jari kan..? kecuali lah memang di lahirkan atau jari ni tangan kudung, sejak lahir atau kemalangan atau kes main bunga api.. dan mercun.. (al maklum lah.. raya raya ni kan)Pernah terpikir tak maksud yang tersirat di sebalik 5 jari yang kita ada di setiap tangan? so rasa2 nak tau tak huraian rahsia jari nie? check this out.... :)
Ok.. kita mulakan dengan huraian jari jemari nie dengan jari Ibu.. Jari Ibu merupakan jari yg utama.. dan ketua segala jari..
Jari ibu ni melambangkan Agama Islam.. atas dasar.. Iman!.., Merupakan jari yg terpenting sekali dlm ke semua jari-jemari, tanpa jari ini(insyaAllah) tak boleh nak suap nasi kemulut, nak pegang pisau, nak hantar SMS, nak picit jerawat, nak tekan spacebar, nak itu-ini, begitu begini bla bla.bla...
Begitulah pentingnya Iman dalam diri kita.. tanpa iman semua benda rosak dan tidak bermakna.

Jari kedua ialah jari Telunjuk.. Jari Telunjuk ini, mewakili ilmu,
Contoh masa kat sekolah dulu kalau cikgu tanya soalan dan bila angkat tangan untuk jawab mesti kita naik kan sekali jari telunjuk... tandanya kita tau dan nak jawab.... kalau kita baca sesuatu tulisan pada buku atau apa-apa lah... sure akan gunakan jari telunjuk... so ia ibarat ilmu ynag menjadi panduan hidup dan sumber utama Ilmu bagi orang Islam adalah Al-Quran dan sunnah yang perlu dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.

Jari ketiga ialah jari Tengah ataupun jari Hantu..
Jari ni mewakili nafsu, di gunakan untuk memuaskan nafsu..
Biasanya jari ini, bagi orang yang dah kahwin digunakan untuk membangkitkan ghairah sang isteri..
(tak mau hurai lebih... !), Sekarang cuba anda bandingkan, kelihatan jari ‘nafsu’ ni lebih tinggi dari jari ilmu,
(jari tengah lebih tinggi dari jari telunjuk)



Ini bermakana walau camne tinggi pun ilmu Agama , nafsu tetap mendahului, sebab tu nabi suruh kahwin cepat cepat!!!,  banyak cerita ahli abib yang tak kahwin dan ibadat pulak tahap wali, tapi bila datang perempuan, di pendekkan cerita di zinanya perempuan tu… nafsu mana boleh tahan beb!!! (Na’uzubillah)

OK, sekarang kita pergi pada jari manis, jari ini di ibaratkan sebagai seorang isteri yang manis.. isteri yang dapat meredakan nafsu shahwat lelaki..oh!

Bila kita renung akan jari manis ini, maka, kita dapati, jari manis dan jari ilmu akn mengapit jari nafsu…
(jari manis dan jari telunjuk akan mengapit jari tengah ), maka nafsu akan terkawal… begitulah pentingnya iman, ilmu amalan dan isteri solehah!! (amin.. Ya rabbil a’lamin)

Dan jari anak mewakili isteri kedua, eh?! Silap, errr, ,mewakikli jari anak2 kita (dah nama pun anak),
Nah!, maka sekarang kita lihat, inilah
satu kehidupan yg sempurna. 

Sabda Nabi lebih kurang maksud:
org yg berkahwin telah meyempurnakan separuh dari agama…
ustaz pulak kata;
yg separuh lagi(5 jari) adalah rukun islam!

Itulah serba sedikit tentang maksud tersirat di sebalik jari-jari kita.. huhu.. kalau ada salah silap ..harap dibetulkan.. ini hanya penjelasan Izah sahaja.. 

Nie ada satu article yang izah pernah baca... meh lah try baca..

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan. Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan. Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabk an segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??
Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.
tangan
tangan
Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda. Sumber

No comments:

Post a Comment