Exclusively By Izzah Johan



Pertemuan kita semua bukannya kebetulan.
Bertukarnya persekitaran yang diselubungi rasa kekok itu bukanlah untuk merenggangkan, bukan untuk diambil ringan, dan bukan juga untuk merasakan tiada jalan lain selain berputus asa.
Allah yang menetapkan segalanya. Dan Dia mahu menguji, apakah kita mahu bersabar?
Kadangkala manusia ini perlu diketuk sedikit, baru tersedar. Ada yang ketuk sekali tak sedar-sedar. Mungkin caranya tidak kena, dan caranya membuatkan dia terus pecah, atau yang mengetuk menyerah kalah.
Setiap manusia punya ujian masing-masing, kan?
Mungkin yang membuatkan kita rasa sukar untuk berubah adalah rasa tidak yakin terhadap diri.
Dan rasa tidak yakin ini hanya mampu diubat dengan satu cara sahaja, iaitu :-
Yakin kepada Allah. Yakin dengan keyakinan yang tidak ber’tapi’. Yakin bahawa Allah itu Maha Teliti, dan Dia tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia. 
by Wannuraishah~

sumber : akuislam.com

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
"Jangan kamu kahwini seseorang wanita itu kerana kecantikannya. Kerana mungkin kerana kecantikannya akan membawa kerosakan kepada mereka sendiri. Dan jangan kamu kahwini mereka kerana mengharapkan harta kekayaannya. Kerana mungkin harta kekayaan itu menyebabkan mereka sombong. Tetapi kahwinilah mereka kerana dasar agama. Sesungguhnya hamba sahaya yang hitam kulitnya adalah lebih baik jika dia beragama." (Riwayat Baihaqi)
Sabda baginda Rasulullah lagi, " Seseorang wanita itu dikahwini kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Tetapi sebaik-baiknya pilihlah yang bertanggungjawab terhadap agamanya. Kerana hal itu tentu akan menyenangkanmu." (Riwayat Bukhari, Muslim)
  Janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita.
”(At-Taubah:40)

Siapa yang berbaik sangka kepada Penguasa ‘Arasy dia akan memetik manisnya buah yang dpetik di tengah tengah pohon berduri...

“Pimpinlah kami dalam menjalani kehidupan fana ini dengan kasih sayangMU yang tiada batasannnya..”


Wahai Hamba Ilahi,
Allah mendugamu bukan kerna Dia mahu menyusahkan dirimu tetapi Dia ingin mengetuk hatimu yang tidak pernah lelah bermain dengan dunia agar dirimu kembali lurus pada jalanNya..

Izah tak leh nk take away this song from my heart skrg...
 keep on my mind rite now...
so jom lah join Izah dok layan lagu nie yek...
lagu nie mempunya maksud yg sangat indah dan mendalam....
dan jangan lupa hayati lirik lagu nie..


Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali “Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?” Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.


Jadi apa jawapanya?