Exclusively By Izzah Johan

Hulurkan Bantuan

Wahai teman dan sahabat handai yang dirahmati Allah...Izah ingin menyeru jika ada yang sudi untuk menghulurkan bantuan dan doa untuk adik Ahmad Mahir Baihaqi bin Che Amran (Raihan) yang baru menjalani pembedahan tumor di bahagian otak di Hospital UKM, Cheras. Semoga Allah memberikan kesihatan dan kesejahteraan buat dirinya serta seluruh ahli keluarganya. Syafakallah....
 Bantuan boleh disalurkan terus ke akaun MAYBANK 164397966095 atas nama CHE AMRAN BIN IDRIS. Segala sumbangan dan bantuan yang diberi amat dihargai dan hanya Allah yang dapat membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran.
Semoga Allah memberikan kesihatan dan kesejahteraan buat dirinya serta seluruh ahli keluarganya. Tengoklah keadaan anaknya dalam video ini. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul…
Walaupun Che Amran mampu tersenyum dengan keadaan anaknya, tapi dalam hati dia, hanya Allah saja yang tahu perasaannya…

Hari ini Allah uji beliau dengan ujian sebegini esok lusa mungkin giliran kita pula... 
Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ “
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.” (HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)


Sumber:fitrihadi.com

0 comments:

Post a Comment