Exclusively By Izzah Johan

Seharum Kasturi, Seindah Mawar

Wangian sebaik-baik haruman. 
Sabda Nabi saw: "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi 
(Hadis Riwayat Imam Muslim)


Kasturi bertindak sebagai agen haruman selain dipercayai mempunyai kelebihan dalam dunia perubatan tradisional. Ia merupakan entiti paling berharga yang didatangkan dari tubuh kijang jantan.



"Bahawa dinding-dinding syurga itu batu-bata dari perak dan emas. Tanahnya pohon kimkuma (Za'faran) dan buminya kasturi.

Diriwayatka oleh al-Tarmidzi daripada Abu Ayub R.A daripada Nabi Muhammad S.A.W maksudnya,

"Empat perkara daripada sunnah Rasul-Rasul iaitu: malu, berwangi-wangian, iwak dan nikah"

(Hadis Hassan)

Kasturi minyak wangi kesukaan Nabi Muhammad S.A.W.

Diriwayatkan oleh Muslim sesungguhnya Nabi S.A.W telah bersabda maksudnya,

"Kasturi adalah minyak wangi yang paling baik sekali"

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari daripada Aishah R.Anha katanya,

"katanya.."Aku telah menyapu minyak wangi kepada Nabi S.A.W dengan minyak wangi sehingga aku dapati bau dan kesan minyak wangi di kepala dan janggutnya".

Sesiapa yang berminat nak tau lebih lanjut berkenaan wangian kasturi ini boleh lah menghubungi wakil pengedar seperti tertera dia atas
HAZMAN
(012-9740841)
Ingin imformasi tentang khasiat Haruman Kasturi Syifa ini?
jom baca entry ini sepenuhnya....

Tentang Kasturi Kijang
Kijang merupakan sejenis haiwan yang bertaring,ramai yang tidak mengetahuinya..
Gambar seekor kijang liar di kawasan Pergunungan Himalaya.
Kijang
Kijang,di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai Common Barking Deer.Kijang berasal dari keluarga "Moschidae" yang telah hidup sejak zaman primitif.Nama saintifik bagi kijang pula adalah Muntiacus Muntjac.
Kijang India adalah spesies kijang yang paling luas taburannya. Ia mempunyai bulu lembut, pendek, keperangan atau kelabu, kadang kala dengan tanda (creamy). Spesies ini memakan buah, pucuk, biji buah, telur burung termasuk haiwan kecil dan juga bangkai kecil. Ia menghasilkan bunyi menyerupai menyalak terutama apabila mengesan pemangsa
Kijang jantan mempunyai tanduk kecil yang mencapai kepanjangan 15 cm dan hanya 1 cabang. Ia tumbuh dari tunggul bertulang di kepala. Kijang jantan mempertahankan kawasannya dan ia amat garang berbanding saiznya. Ia akan berjuang sesama sendiri bagi mengawal wilayahnya dengan menggunakan tanduk atau lebih merbahaya lagi dengan mengunakan gigi taring atas seperti gading,ia mampu mempertahankan diri mereka dari pemangsa seperti anjing liar dan harimau.
Kasturi daripada Kijang
Setelah sekian lama,zaman berganti zaman dan kehidupan masyarakat bertukar ganti, rahsia kehebatan haruman kasturi terus diperkatakan sehingga kini hinggakan apa sahaja yang berbau harum dikaitkan dengannya.
Ungkapan 'seharum kasturi' juga mudah ditemui dalam bait puisi turun-temurun, lirik lagu cinta, bicara romantis dan juga hadis-hadis seperti..

Sabda nabi S.A.W:"belajarlah Al-Quran serta bacalah kerana perumpamaan Al-Quran bagi orang yang mahu belajar,membaca dan melaksanakannya adalah seperti 1 bekas yang dipenuhi dengan wangian kasturi yang baunya menyebar pada setiap tempat.Dan perumpamaan orang yang mahu memperlajarinya dan ia lupa(mengamalkannya),maka di hatinya seperti ada 1 bekas wangian kasturi yang masih tertutup."(Riwayat at-Tarmizi)


Namun, sejauh manakah kita mengetahui dari mana datangnya bahan yang istimewa ini?
Bagi yang kurang mengetahui,kasturi disangkakan ekstrak pati bunga, buah-buahan atau kulit kayu, sebagai mana dalam industri pembuatan minyak wangi.
Sebenarnya, istilah kasturi merujuk kepada kandungan yang terdapat dalam bintil kelenjar kijang jantan (gland or pod) .Kasturi kebanyakannya diperolehi daripada kijang yang terdapat di pergunungan Himalaya,di Wilayah Tonkin di China,Assam di India,Nepal dan Rusia.

Pada awal abad ke 19,nilai 1kg kasturi kering yang berasal dari Wilayah Tonkin bersamaan dengan harga 2kg emas. Sangat mahal kerana sukar untuk didapati.Sebagai contoh,untuk mendapatkan 1kg kasturi,kita memerlukan 30 hingga ke 50 ekor kijang jantan yang mempunyai bintil kasturi tersebut.Jika kita mahukan kasturi dari gred terbaik untuk tujuan komersial dan perubatan pula,untuk mendapatkan 700kg kasturi,kita memerlukan lebih kurang 100ribu ekor kijang jantan yang mempunyai bintil kasturi tersebut.

Pada hari ini,disebabkan spesies kijang yang menghasilkan kasturi agak sukar ditemui, saintis Cina beralih kepada sains dan teknologi untuk mengembangkan potensi perubatan.Ia dilakukan dengan penternakan artifisial mamalia tersebut seterusnya mengekstrak bintil kasturi tanpa perlu membunuh kijang. Pengambilan bintil kelenjar itu secara berjadual menggalakkan penghasilan kasturi sekali gus mendorong upaya reproduksinya.


Bintil kasturi kerap ditemui di bahagian antara perut dan genital,namun kasturi juga bukan janggal jika ia tumbuh di bahagian-bahagian lain haiwan tersebut, seperti di leher, badan atas dan juga kepala.Bulu pada bintik kasturi dikatakan terus tumbuh biarpun setelah terasing dari kijangnya.


Apabila tertanggal atau dipotong dari tubuh kijang tersebut, bintil kasturi yang mengering membuatkan kandungan berwarna merah keperangan berubah menjadi hitam dan keras.
Jika ditekan kuat atau diketuk, butiran kecil akan terkeluar darinya dan bahan itulah yang dicampur bersama minyak atau ekstrak wangian beralkohol.

Sejak ratusan tahun lalu, ia digunakan dalam pembuatan wangi-wangian. Kasturi juga bertindak sebagai agen penyebar haruman selain dipercayai menjadikan bau haruman lebih tahan lama.
Pendek kata, ia merupakan produk haiwan yang paling berharga dan yang paling popular adalah kasturi kijang jantan yang hidup di pergunungan Himalaya.
Harga kasturi di kawasan asal ia ditemukan sangat mahal mengikut kualiti gred dan keasliannya. Ia boleh mencapai harga sehingga ribuan ringgit sebiji. Beberapa gram butiran kasturi sahaja sudah mencapai harga ratusan ringgit.
Kasturi banyak dimanfaatkan dalam pembuatan minyak wangi kerana ia menguat dan memanjangkan hayat haruman.

Adakah kasturi sah dibawa bersolat kerana ia berasal dari haiwan?

Dianjurkan pertanyaan ini kepada Mufti Johor, Datuk Noh Gadot berkata, kekeliruan mengenai hukum sah dibawa sembahyang ini terjadi memandangkan kasturi berasal dari haiwan.

Selain faktor itu, bintil kelenjar ini juga 'dipisahkan' dari tubuh haiwan tersebut ketika ia masih hidup, atau tidak disembelih.
"Sama seperti bulu kambing (yang telah dibersihkan) digunakan sebagai alas atau dijadikan sebahagian daripada pakaian ketika bersembahyang, begitulah juga dengan kasturi.
"Hakikatnya, ia adalah entiti yang wujud secara sendiri pada tubuh haiwan itu. Oleh kerana sifatnya yang bersih, kasturi tidak melanggar syarat sah solat bagi seseorang yang memakai harumannya," jelas Datuk Noh Gadot

KHASIAT DAN KELEBIHAN KASTURI
-Berdasarkan kajian yang di buat oleh ilmuan terutama IBNU QAYYIM AL JAUDIAHRIA dan ahli-ahli perubatan islam, maka kasturi didapati mempunyai banyak khasiat :-

(1) menenangkan jiwa dan hati
(2) mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
(3) menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
(4) menghilangkan debaran jantung dan sesak nafas
(5) menyedarkan orang pengsan
(6) membuang angin yang berlebihan dalam badan(7) memperkuatkan organ dalaman tubuh
(8) menghilangkan rasa gementar dan sejuk tubuh
(9) menghilangkan kesakitan sewaktu kencing
(10) Allah s.w.t redha, disukai para malaikat dan orang-orang solah, dan sebaliknya dapat mengusir syaitan laknatullah dan kuncu-kuncunya.

MENCEGAH GANGGUAN JIN DAN ANGIN AHMAR
- caranya adalah digunakan sebagai minyak wangi sepanjang masa
Semua penyembuhan adalah daripada Allah s.w.t, kita hanya ikhtiar dan juga fadhilat yang paling baik ialah hendaklah kita bersolat dengan mengamalkan wangi-wangian kerana 70 kali lebih baik daripada tidak memakai wangi-wangian. Insyaallah....

Sebarang kemuskilan dan beminat mendapatkan haruman ini
Hubungi wakil pengedar Haruman Kasturi Kijang Syifa seperti tertera dia atas
HAZMAN
(012-9740841)

2 comments:

  1. baru tau kasturi dari kijang.. ingat mende pe ntah

    ReplyDelete
  2. INFO YG PERLU ANDA TAHU:-

    • terdapat beberapa jenis kasturi:-
    contoh: kasturi putih, Kasturi kuning, Kasturi merah, Kasturi hitam, Kasturi susu, bunga Kasturi dan sebagainya..
    Kasturi di atas ini semuanya BUKAN Kasturi daripada Kijang yg dicari2 selama ini.
    • Disini sy terangkan seba sedikit tentang kasturi:-
    1: Kasturi putih:-diperbuat daripada kulit pokok pain, warnanya jernih dan harum
    2: Kasturi merah:-diperbuat daripada bunga zafron
    3: Kasturi kuning:-diperbuat daripada campuran bunga2 yg harum
    4: Kasturi hitam (yg biasa dijual dikedai2):-diperbuat daripada kulit pokok Oak, baunya pokok dan agak keras sedikit.

    Sekadar ingin berkongsi ilmu

    ReplyDelete