Exclusively By Izzah Johan

31.12.2012 last day 2012 hari isnin ramai cuti... 
Tapi x pa layan kan aja bila Izah erja hari nie....
Alhamdulillah... Izah makin suka dengan kulit sendiri. after ambil PMCVC dari Felinna Beauty! Alhamdulillah.. Its really work... Less Make Up! 
Izah sarankan customer yang nk mencuba ambil PMCVC nie dengan (virgin Coconut Oil) VCO kerna dia membantu kita mendapat kulit yang lebih sihat... 
nak order PMCVC dan VCO? 

boleh PM IzaRina Belleza or contact di 019-3802012

Just to share beauty and health care with All of u.... :)

Sesiapa ada kelapangan hari nie boleh lah ambil masa ke Masjid Asy-Syakirin KLCC untuk Karnival Mahabbah... mari sama2 kita imarahkan majlis agama ini. Insya Allah.... JazaakAllaahu Khairan...
FELINNA BEAUTY: PURE MARINE COLLAGEN VITAMIN C 
 
TERBARU!!
Selepas sambutan hangat diterima untuk produk krim pelangsingan badan, INCHLOSS, kini Felinna Beauty mengorak langkah mengeluar dan memasarkan produk supplement yang kini telah mencetus fenomena baru terutama bagi mereka yang aktif dan sibuk namun dalam masa yang sama turut mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit secara keseluruhan. Ramai yang impikan kulit yang halus dan gebu serta cerah dengan warna kulit yang sekata. Krim pencerah hanya bertindak dikawasan muka sahaja bukan keseluruhan badan.

Dengan FELINNA BEAUTY: PURE MARINE COLLAGEN VITAMIN C ini membuat impian memiliki kulit yang gebu dan cerah menjadi kenyataan. 



KHASIAT:

Mengatasi masalah kulit dari dalaman
Mengurangkan masalah jerawat dan dark spot
 Menjadikan tona kulit lebih sekata 
Melicin dan menegangkan kulit 
Memudarkan garis-garis penuaan dan kedutan pada wajah
Mengurangkan pelbagai masalah kesihatan lain
Mencerahkan kulit seluruh badan secara semulajadi
Mengurangkan lingkaran bawah mata
Darah tinggi, jantung tersumbat dan banyak lagi!

Harga 1 Kotak:



RM85 Semenanjung


RM90 Sabah/ Sarawak

1 Kotak : 30 capsule


Cara Pengambilan: 1-2 biji sehari 1-2 jam sebelum makan pagi atau 2-3 jam selepas makan malam sebelum tidur. 
*Disarankan pengambilan pada waktu malam
(Utk Penjimatan, boleh ambik sebiji shj)
Minum Air putih at least 2-3 liter sehari

Detail Product:
5000mg with extra collagen..

Reg no :ULUKM/1542/12
Halal ref No : 150127-PR

Order Visit: IzaRina Belleza



KANDUNGAN UTAMA FELINNA BEAUTY PMCVC:



*Kolagen marin - Sumber berkualiti premium yang mudah diserap badan, bertindak sebagai agen antipenuaan yang turut memelihara kekuatan tulang/sendi, kuku dan rambut serta mengekalkan keanjalan dan tekstur kulit agar kekal lembab, halus dan sihat bercahaya.



*Glutathione - Mencerah, menyamaratakan tona kulit serta menyingkirkan toksin dan radikal bebas di dalam badan, seterusnya mengurangkan kedutan halus, noda2 hitam dan pigmentasi.



*Vitamin C - membekalkan nutrisi untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan, komponen penting untuk mengoptimakan peranan kolagen dan glutathione di dalam badan, memperbaiki, merawat dan membantu pertumbuhan sel2 baru lebih cepat selain menghapuskan masalah kulit kusam dan jerawat juga melambatkan proses penuaan pramatang.



*Ekstrak sitrus - mengandungi antioksidan yang menjauhi kerosakan sel kulit akibat pencemaran persekitaran, radikal bebas dan sinaran UV, mengurangi risiko kanser kulit, memudarkan parut, bersifat antibiotik dan antibakteria yang menghalang iritasi/jangkitan kulit.



Minimize your make up with Pure Marine Collagen Vitamin C by Felinna Beauty! make you feel confident with naked face!

Rasa teruja nak mencuba? Ramai yang sudah mencuba...
Izah sendiri juga sudah mencuba dan sangat berpuas hati dengan kesannya!.


Anda bila lagi? keterangan lanjut boleh visit page Izah di FB
atau boleh terus 
Whatspp or SMS Izah 019- 380 2102


Hye All!! Izah skrg ada jual tudung bawal roses yang merupakan favourite izah sendiri.
kalau ada yang berminat boleh lah cuba singgah kat FB izah 
untuk tengok2 tudung yang cantik nie atau klik order kat pic bawah nie :)





Lama kan Izah tak update apa2 kat blog nie. Dah ada baby apple pon masih tak sempat... Bz sangat tu mengalahkan PM....
Pasal buat masa nie Izah dah kembali menjadi pelajar starting on september after raya hari tu.. So now masih nak membisakan diri sebagai pelajar yang sambil berkerja nie.... Kena korbankan weekend untuk class. But mmg best kot classmate Izah kali nie. Izah ambil executive master in administrative science. Since that i back to study. I think i should come back to write more in english with proper language... Just for practice... Owh my english kata nye... Yes... In few month there is too many thing happen as time flies but alhamdulillah i feel much2 more better right now... Happy for what I'm doing with all people around me... So i will update some of the pictures enjoy... Will try update more here. Especially about my current business :) Coz i do love pictures so much so may b can follow me on Instagram. I do always update there! *writing this entry while waiting En Panda for our dinner*

































Gambar kat atas nie sangat lah membuka selera *dok telan ayaq lioq tau buat entry nie...* memang salah satu lauk kegemaran Ayah dan Izah yang tidak akan di reject kalau ada didepan mata... Pedas die terbaik!!! Sambal tahun nie lauk kaum Jawa (ayah izah orang jawa. Izah je yang dh x jawa...hahaha...) sangat pedas kerna memang akan ada banyak sangat cili padi. 
Sebab nama dia sambal tahun kerana lauk nie tahan lama... kerana sering dipanaskan.. semakin kerap dipanaskan akan bertambah lah rasa pedas die... tapi kalau kat umah izah mmg x tahan lama.. bukan apa.. cepat nau abis... tapi kami xkan makan on the spot after masak, pasal x pedas.... hari kedua baru lah rasa die betu2 kaw....buat makan ngan nasi panas2 memang teramat lah sedap. *telan ayaq lioq lg* kalau bulan puasa.. bersahur lauk nie dengan nasi mmg bukak selera nak makan time pagi2 tu silap2 leh tambah 2x.. *kembang lg lah time pose nnt gamaknye*
Bagi sesiapa yang gemar kan lauk yang pedas boleh lah try resipi nie key :)


Bahannya:
1 kilogram kerang
1 kilogram Cumit Kering yang di rebus (sotong kecil yang di keringkan)
(kuantiti mengikut suka)
Segenggam udang kering (ditumbuk tp jgn halus sangat)
5 sudu minyak
(semua bahan dibawah di hiris halus)
2 batang serai 
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 inci halia 
4 inci lengkuas (lagi banyak lengkuas lg sedap)
Santan (sebiji kelapa, ambil patinya)
Sekeping asam keping
Segenggam cili padi (atau mengikut selera)
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah bawang putih sehingga naik bau
2. Mauskan udang kering yg di tumbuk.
3. Masukan halia, serai dan lengkuas yang di hiris dan tumis sehingga naik bau semua bahan.
4. Masukan cili padi dan biarkan sehingga cili layu. (gunakan api yg sederhana untuk elak bahan2 hangus)
5. Kemudian masukan semua Kerang dan Cumit  berserta santan.
6. Masukan asam keping. dan teruskan memasak (dikacau) dengan api yg sederhana atau kecil sehingga santan
    mendidih dan menjadi pekat.
7. Masukan garam secukup rasa.
8. Dah siap.. leh lah makan dengan family.


*tips masakan nie boleh dimasak banyak. kemudian sentiasa dipanaskan dengan api kecil untuk sambal tahun nie tahan lama. lagi kerap dipanaskan akan bertambah rasa pedasnya 


*ada jugak yang menukar bahan2 seafood tu dengan daging atau ayam.. semua tu ikot suka.. bahan lain tetap sama... yang penting masak lama untuk kekal tahan lama dan pedas...

*kalau bahan2 seperti kerang dan cumit tu dah hampir abis... tapi santan dan cili masih ada... boleh je rebuskan kerang dan cumit kemudian masukan je kedalam bahan2 tadi untuk di tambah... panas kan saja semua bahan... masih kaw jika cili dan lengkuasnya masih banyak... kalau kering sangat tambahkan sedikit air

Selamat mencuba!!!



Miles away, oceans apart

Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall

I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say

Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall



Labbaik Allahumma Labbaik. Labbaik, La Shareek Laka, Labbaik. Innal Hamdah, Wan Nematah, Laka wal Mulk, La Shareek Laka Labbaik.


Insya Allah on 29th May 2012, Izah akan berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Umrah. Di sini ingin Izah menyusun 10 jari memohon keampuanan jika ada salah dan silap. Halalkan segala gurau senda dan makan minum jika ada...
Doakan Izah selamat pergi dan menjalankan ibadah dengan sempurna serta kembali ke tanah air dengan selamat Insya Allah....

Happy Birthday To Me...
Alhamdulillah pada 11 May 2012 tahun nie maka  genap lah usia Izah 25 Tahun... Muda lagi kan? (ayat hok nak sedapkan hati) Alhamdulillah Allah masih memberi pelung Izah bernafas pada waktu ketika ini dengan kehidupan yang lebih baik dan bahagia... 
Alhamdulillah juga tahun ini hari lahir Izah jatuh pada hari Jumaat yang sangat barakah berbanding hari hari yang lain dan sangat istimewa bagi Izah.

Tahun nie Birthday Celebration Izah sangat simple tapi Masya Allah.. sangat istimewa....
Rasa mcm nak nagis pon ada but control... (walaupon izah ratu air mata) 
Thank alot to my office member for the such lovely cake ( yg kat atas tu...) cantik dan sangat sedap!! really appreciate it so much....
For this sweet and cute lill cake... yg sangat special saya rasa... Thank you so much En Hazman. Thank you for the cake and dinner at Subway.... serious sy terkejut n x sangka... its so sweet!... (nak nagis lagi...tapi tahan juga) :P
Me with the lill cake... sangat comel gitu (cake tu yg comel... sy nie sangat comel) perasan sungguh... muka mcm sangat lah serabai n baru balik opis... pasal ingat nk g gym je... after makan cake terus g gym... sambut birthday kat gym... naissshhh sangat....
 Fuuuhhhh.... *x menyempat2 nak tiup kan*

Alhamdulillah tahun nie jugak sangat2 lah special dan lain... tahun nie Izah dapat hadiah yang sangat special dan sangat...Alhamdulillah.. my parents benarkan Izah buat umrah tahun nie. Insya Allah Izah akan berangkat on 29 May 2012 nie... Doa kan Izah selamat pergi dan kembali dan Allah menerima Umrah Izah... 
Insya Allah...
Alhamdulillah tahun nie jugak Daddy dgn bermurah hatinya menghadiahkan The New Ipad yang sangat Izah idam2 kan... Thank you so much Daddy... Here you go My Red Apple :)

The Ring!!! Thank You so much... It so lovely... I really do appreciate it :)

Alhamdulillah... Izah rasa sangat bersyukur dengan apa yang Izah ada sekarang... Di kelilingi dengan mereka2 yang amat izah kasihi dan sangat mengasihi Izah...They are the most precious in my life dan xda galang gantinya...  The only think i wish that All my beloved always be at my side with good health and always be happy.. Insya Allah...

Hari nie Izah buat Pavlova pula.... 
yang nie memang manis sangat pasal base die gula...
Hari tu Izah buat besar so muak sket nk makan besar-besar. 
Kali nie buat small- smal je....

 
Bahan-bahan

4 lbiji (120 grams) telur putih
1 cawan (200 grams) gula kaster
1/2 sudu kecil  vanilla esen
1 sudukecil cuka makanan
1/2 sudu makan tepung jagung

Topping:
1 cup (240 ml) whipping cream
1 1/2 sudu makan (20 grams) gula icing
1/2 sudu kecil vanilla esen

Cara membuat krim
  1. Pukul krim dengan gula dan vanilla sehingga kembang.
Bahan lain
Buah segar- markisa, kiwi, strawberries, raspberries, blackberries,  pic, nanas dan lain-lain buah mengikut kesukaan anda

Cara membuat
  1. Pukul putih telur sehingga setengah kembang. Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan gula semuanya telah hancur.
  2. Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan.
  3. Tuangkan atas kertas minyak dan bentukkan bentuk kubah selebar lebih kurang 18 cm diameter.
  4. Bakar dalam oven sepanas 130 darjah C selama lebih kurang 1 jam. Tuttup suis dan biarkan dalam oven sehingga sejuk.
  5. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim. Hiaskan dengan buah-buahan segar.


Dah siap...
So kat bawah nie izah nak share video how to make pavlova lah kalau nak tengok...




Sayang
Kubawa jauh rinduku
Kerna akau telah tahu
Kau bukan milikku

Sayang
Sesunguhnya bukan mudah
Menjalani hidup ini
Tanpa kau di sisi

Jauh disudut hati
Aku masih bermimpi
Mimpi yang indah
Esok kau kembali

Jauh di sudut hati
Ada waktu-waktunya
Aku berdoa
Kau pulang semula

Sayang
Biar ku mengingatimu
Biar kugantung harapan
Hingga sampai waktu
Nafas terakhirku 


Ajek Hassan?? Siapa Dia?? Tak pernah dengar pun mana die... That the Q will pop up when I say the name of Ajek Hassan... Yes, he not that well known like Yuna, Najwa Latif, Ana Rafali or others, but then when I said all those name you guys can understood that this person might be very well known in YouTube. Well jarang nak kenal or dengar lelaki yang terlibat serius dalam YouTube nie. Izah akui masih ramai lagi underground artis yang talented but may be they don't have chance to be in the industry for certain reason or challenge. But the real talent will be appreciated and accepted not only in Malaysia but international. Yuna Zarai can do it so its not impossible for other to do it rite? 

First time Izah dengar Acoustic Cover  by Ajek Hassan nie telah mebuatkan Izah terus jatuh cinta dengan petikan gitar dan suara yang bagus. Ajek nie lain dari yang lain... Petikan gitar akustiknya untuk lagu-lagu artis terkenal. Most of the song lagu-lagu lama  yang membuatkan kita menggamit kembali kenangan lama,also lagu2 baru, Slow rock, balada, semua Ajek boleh nyanyikan kembali with good voice and own style. Even lagu Siti Nurhaliza pon  Ajek layan sekali... Hebatkan?? 

Actually Ajek Hassan nie memang dah ada follower nya yang tersendiri dari Malaysia dan Singapura. Kat YouTube Ajek Hassan  nie dah more the 3K subscriber and more the 4 million viewer of his video. So kira hebat jugak lah kan. One of the song yang Izah paling suka sure lah lah lagu "AZIZAH" - Ahmad Jais or Original by P Ramlee. Nak dengar? usha kat bawah nie...
So best tak? rasa cantik sangat bila dengar lagu nie... (terperasan pulak Izah nie)
 So the additional nye Izah just nak bagi tau, kepada sesiapa yang nak dengar life performance Ajek Hassan nie jom lah beramai-ramai join Malam Akustika Ajek Hassan  di Rebung Rembau House, Bangsar on 21 April 2012
The details of this event as below;
 (Klik gambar untuk lebih jelas )

Insya Allah Izah will be at that event. Izah dah buat tempahan for the seat. So anda semua bila lagi? Jom Ramai2 kita sokong karya seni tempatan.
More details about Ajek Hassan and all his songs (klik kat bawah)
~Mati Itu PASTI, Hidup Itu INSYA ALLAH~

Selalu juga Izah baca pada FB ustaz-ustaz terkenal mengenai hukum ber FB dan bagaimana dengan akaun FB kita bila kita sudah meninggal dunia nanti. Kerana sudah pasti kata laluan (Password) FB tu hanya kita yang tahu. Maka akan ada lah isu bagai mana ingin menutup akun FB nie. Mcm sahabat Izah pon ada yang telah meninggal dunia dan FB nya masih ada kerana mungkin tiada waris yang tahu akan kata laluan bagi FB arwah. 
Alhamdulillah pagi ini Izah terjumpa satu blog yang menunjukan cara bagai mana untuk menutup akaun FB saudara anda jika mereka telah meninggal dunia. Jadi akan izah kongsikan cara nya di Blog izah supaya boleh dimanalfaatkan buat semua nanti. Mungkin ini dapat membantu arwah supaya terus terikat dengan dosa yang berterusan berkaitan dengan FB. Kerna macam2 kisah yang kita dengar berkaitan orang yang telah meninggal dan FB nya. Tu baru FB tah macam-macam lagi akaun mcm Twitter,Blog, Friendster, Myspace. Jadi sebelum kita pergi bila-bila masa nie tutuplah akaun yang dah tak digunakan lagi supaya gambar-gambar kita tidak berada di alam cyber ini dan menyebabkan beban kita di Alam Barzah nanti. Kena dosa kita yang sedia ada ini pon belum tentu kita mampu memikulnya dan menghadap Allah dengan amalan yang tak seberapa nie.
Jadi,mana lah tahu kan jika ditakdirkan Izah pergi, mungkin ada sahabat yang membaca boleh bantu Izah tutupkan akaun Izah nanti kan? 

Cara nya, tekan pada Link nie dan isikan maklumat yang di perlukan 

(Klik Gambar Untuk Gambar Lebih Jelas)
Link: (Klik sini)

"Sampaikanlah walaupun satu ayat...."
Wangian sebaik-baik haruman. 
Sabda Nabi saw: "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi 
(Hadis Riwayat Imam Muslim)


( R: )
Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci
( ZS: )
Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan...
( R: )
Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan

( ZS: )
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan

( ZS & R: )
Tersesat kita dalam perjalanan

( R: )
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati

( ZS: )
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

( R & ZS: )
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta 


Aperhal lah Izah nie kan tetiba dok layan lagu nie pulak kan...Lirik die sangan indah.. 

Simbolik bagi kisah Cinta Agung Adam dan Hawa dimana Allah satu kan mereka di syurga dan saling menyayangi antara satu sama lain dan akibat mereka termakan hasutan syaitan maka mereka melanggar perintah Allah. Maka Allah uji Kasih sayang mereka dengan memisahkan dan menurunkan mereka ke bumi. Mereka harungi hidup dan terus merindu akibat berjauhan. Berkat Kasih sayang Allah juga maka bertemu lah Adam dan Hawa di Jabal Rahmah kembali bersatu meneruskan cinta mereka didunia dan hidup bersama dengan penuh ketaatan kepada Allah. 
Jodoh, pertemuan dan perpisahan itu ketetapan Allah.... Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha. Jika dia ditakdirkan buat mu Insya Allah cepat atau lambat Allah pasti satukan dua hati yang sememangnya telah ditakdirkan bersama. Kerna Allah itu sendiri Maha Pengasih dan Maha Penyanyang, sememangnya Allah amat menyukai mereka yang berkasih sayang hanya kerana Nya. Namun semakin kasih Allah kepada hambaNya pasti ada ujian yang dititipkan buat hambaNya bagi menguji ke ikhlasan cinta itu kernaNya. 
Jika apa yang diidamkan tidak ditunaikan maka sememangnya Allah itu telah menetapkan sesuatu yang lebih baik buat kita yang kita sendiri tidak tahu.

Jangan pernah berhenti memberikan kasih sayang, namun biarlah ia mengikut syariatdan hanya kerna Allah... Insya Allah pati bahagia itu milik kita didunia dan akhirat.



Izah terjumpa satu ayat yang sangat indan ini kat FB Syahirul.com sweet sgt ayat nie.

~A husband said to her wife: "50,000 years before the sky is introduced to the sea, Allah Azza Wajalla wrote down your name next to me.." ~

I always pray that your name next to mine and I will be at your side till Jannah 
Amin Ya Rabbal Alamin....