Exclusively By Izzah Johan

Zikir Terapi Diri

 Masya Allah.... 
Tiada kata yang boleh Izah kata kan bila mendengar Album ini....
Terkaku dan kelu mendengar alunan irama dan suara yang menyentuh hati.....
Kalimah- kalimah agung itu di alun indah dengan penuh rasa kecintaan hamba kepada penciptanya... dengan penuh rasa pengharapan maghfirah dari NYa
Allah.... 
Tiada nama yang terlafas di bibir.... melainkan mengagungkan Allah yang maha esa...
Sejujurnya.. kalau hari2 biasa berapa kali kita sebut nama Allah dan mengaggungkaNya?
(tidak termaksuk waktu Solat dan selepas Solat)
Berapa kali pula kita sebut nama kekasih hati kita?
Kalau kehidupan seharian berapa kali kita ulang lagu2 kegemaran kita?


Album nie boleh bantu kita untuk sekurang2nya ambil sedikit masa kita yang sentiasa sibuk dengan kehidupan harian ini untuk mengingati dan mengaggungkan Allah yang selayaknya sentiasa di ingati dan diagungkan oleh setiap hambaNya..

Dari Abu Hurairah R.A meriwayatkan bahawa satu ketika baginda Rasulullah S.A.W datang kepada kami dan bersabda: Ambillah perisai untuk melindungi kamu! Para sahabat R.Anhum bertanya: Ya Rasulullah, adakah musuh akan datang? Baginda bersabda: Ambillah perisai untuk melindugi kamu dari api neraka. Bacalah : Subhanallah, Alhamdulillah, Laailahaillallah, Allahuakbar, Walahaulawalakuataillabillah, - Sesungguhnya kalimat ini akan datang pada hari kiamat kepada pembacanya dan akan melindunginya dari sebelah hadapanya, disebelah belakangnya, dikanannya dan dikirinya dan inilah amal kebajikan yang sentiasa mendapat ganjaranya.

(HR Tabrani. Majma'ul Bahrain).


Album ini terbitan Arteffects Sdn Bhd (Syarikat milik Hafiz Hamidun) 
Album Zikir Terapi Diri ini boleh didapati dengan harga RM19.90 sahaja di kedai-kedai buku agama di seluruh negara berserta outlet-outlet muzik di pasaraya-pasaraya seluruh Malaysia. Album ini juga diedarkan di Malaysia, Singapura dan Brunei.


Kandungan-kandungan album ini
ASTAGHFIRULLAH (3:32)
LA ILAHA ILLALLAH (3:31)
SUBHANALLAH (3:29)
TAUBATAN NASUHA (3:18)
HASBI RABBI (2:57)
LA HAWLA WA LA (4:25)
ALHAMDULILLAH (3:26)
YA ZALJALA (3:52)
YA LATIF (3:15)
ALLAH (3:35)
LAWKANA BAINANA (BONUS) (3:11)


Jadi jangan lupa untuk dapatkan Album Istimewa ini dari Hafiz Hamidon
Now Izah tak sabar pula nk tunggu semua Video klip dari album nie (^_^)
*Cuba dengar Album nie kat dalam Kereta time Jam2 on the way pegi keja or balik umah... Insya Allah tak stress... Try lah... Izah dah try memang menjadi*
Kalimah Agung dan Nama-Nama Allah ini sememangnya Penenang Jiwa 
Dibawah nie ada some of Video from this Album... Jom try dengar...


0 comments:

Post a Comment