Exclusively By Izzah Johan

Ajek Hassan?? Siapa Dia?? Tak pernah dengar pun mana die... That the Q will pop up when I say the name of Ajek Hassan... Yes, he not that well known like Yuna, Najwa Latif, Ana Rafali or others, but then when I said all those name you guys can understood that this person might be very well known in YouTube. Well jarang nak kenal or dengar lelaki yang terlibat serius dalam YouTube nie. Izah akui masih ramai lagi underground artis yang talented but may be they don't have chance to be in the industry for certain reason or challenge. But the real talent will be appreciated and accepted not only in Malaysia but international. Yuna Zarai can do it so its not impossible for other to do it rite? 

First time Izah dengar Acoustic Cover  by Ajek Hassan nie telah mebuatkan Izah terus jatuh cinta dengan petikan gitar dan suara yang bagus. Ajek nie lain dari yang lain... Petikan gitar akustiknya untuk lagu-lagu artis terkenal. Most of the song lagu-lagu lama  yang membuatkan kita menggamit kembali kenangan lama,also lagu2 baru, Slow rock, balada, semua Ajek boleh nyanyikan kembali with good voice and own style. Even lagu Siti Nurhaliza pon  Ajek layan sekali... Hebatkan?? 

Actually Ajek Hassan nie memang dah ada follower nya yang tersendiri dari Malaysia dan Singapura. Kat YouTube Ajek Hassan  nie dah more the 3K subscriber and more the 4 million viewer of his video. So kira hebat jugak lah kan. One of the song yang Izah paling suka sure lah lah lagu "AZIZAH" - Ahmad Jais or Original by P Ramlee. Nak dengar? usha kat bawah nie...
So best tak? rasa cantik sangat bila dengar lagu nie... (terperasan pulak Izah nie)
 So the additional nye Izah just nak bagi tau, kepada sesiapa yang nak dengar life performance Ajek Hassan nie jom lah beramai-ramai join Malam Akustika Ajek Hassan  di Rebung Rembau House, Bangsar on 21 April 2012
The details of this event as below;
 (Klik gambar untuk lebih jelas )

Insya Allah Izah will be at that event. Izah dah buat tempahan for the seat. So anda semua bila lagi? Jom Ramai2 kita sokong karya seni tempatan.
More details about Ajek Hassan and all his songs (klik kat bawah)
~Mati Itu PASTI, Hidup Itu INSYA ALLAH~

Selalu juga Izah baca pada FB ustaz-ustaz terkenal mengenai hukum ber FB dan bagaimana dengan akaun FB kita bila kita sudah meninggal dunia nanti. Kerana sudah pasti kata laluan (Password) FB tu hanya kita yang tahu. Maka akan ada lah isu bagai mana ingin menutup akun FB nie. Mcm sahabat Izah pon ada yang telah meninggal dunia dan FB nya masih ada kerana mungkin tiada waris yang tahu akan kata laluan bagi FB arwah. 
Alhamdulillah pagi ini Izah terjumpa satu blog yang menunjukan cara bagai mana untuk menutup akaun FB saudara anda jika mereka telah meninggal dunia. Jadi akan izah kongsikan cara nya di Blog izah supaya boleh dimanalfaatkan buat semua nanti. Mungkin ini dapat membantu arwah supaya terus terikat dengan dosa yang berterusan berkaitan dengan FB. Kerna macam2 kisah yang kita dengar berkaitan orang yang telah meninggal dan FB nya. Tu baru FB tah macam-macam lagi akaun mcm Twitter,Blog, Friendster, Myspace. Jadi sebelum kita pergi bila-bila masa nie tutuplah akaun yang dah tak digunakan lagi supaya gambar-gambar kita tidak berada di alam cyber ini dan menyebabkan beban kita di Alam Barzah nanti. Kena dosa kita yang sedia ada ini pon belum tentu kita mampu memikulnya dan menghadap Allah dengan amalan yang tak seberapa nie.
Jadi,mana lah tahu kan jika ditakdirkan Izah pergi, mungkin ada sahabat yang membaca boleh bantu Izah tutupkan akaun Izah nanti kan? 

Cara nya, tekan pada Link nie dan isikan maklumat yang di perlukan 

(Klik Gambar Untuk Gambar Lebih Jelas)
Link: (Klik sini)

"Sampaikanlah walaupun satu ayat...."
Wangian sebaik-baik haruman. 
Sabda Nabi saw: "Sebaik-baik wangian adalah minyak kasturi 
(Hadis Riwayat Imam Muslim)


( R: )
Pertemuan ini bagaikan terbuka
Satu rahsia didalam rahsia
Ketika kita sama dikota cinta
Kenikmatan pengabdian yang suci
( ZS: )
Dan di waktu itu kau dan aku satu
Berlindung di dalam kebesaran
Tiada kenal erti perpisahan
Penuh restumu oh Tuhan...
( R: )
Dan kini kita terbuang di awangan
Terpisahlah dari kenyataan

( ZS: )
Lalu ada yang terlupa pada perjanjian
Kerna leka dengan kepalsuan

( ZS & R: )
Tersesat kita dalam perjalanan

( R: )
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati

( ZS: )
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta

( R & ZS: )
Kau dan aku kini bertemu kembali
Menunaikan perjanjian sejati
Dalam suka duka jauh terpisah
Terbukalah rahsia cinta 


Aperhal lah Izah nie kan tetiba dok layan lagu nie pulak kan...Lirik die sangan indah.. 

Simbolik bagi kisah Cinta Agung Adam dan Hawa dimana Allah satu kan mereka di syurga dan saling menyayangi antara satu sama lain dan akibat mereka termakan hasutan syaitan maka mereka melanggar perintah Allah. Maka Allah uji Kasih sayang mereka dengan memisahkan dan menurunkan mereka ke bumi. Mereka harungi hidup dan terus merindu akibat berjauhan. Berkat Kasih sayang Allah juga maka bertemu lah Adam dan Hawa di Jabal Rahmah kembali bersatu meneruskan cinta mereka didunia dan hidup bersama dengan penuh ketaatan kepada Allah. 
Jodoh, pertemuan dan perpisahan itu ketetapan Allah.... Kita sebagai hambaNya hanya mampu berusaha. Jika dia ditakdirkan buat mu Insya Allah cepat atau lambat Allah pasti satukan dua hati yang sememangnya telah ditakdirkan bersama. Kerna Allah itu sendiri Maha Pengasih dan Maha Penyanyang, sememangnya Allah amat menyukai mereka yang berkasih sayang hanya kerana Nya. Namun semakin kasih Allah kepada hambaNya pasti ada ujian yang dititipkan buat hambaNya bagi menguji ke ikhlasan cinta itu kernaNya. 
Jika apa yang diidamkan tidak ditunaikan maka sememangnya Allah itu telah menetapkan sesuatu yang lebih baik buat kita yang kita sendiri tidak tahu.

Jangan pernah berhenti memberikan kasih sayang, namun biarlah ia mengikut syariatdan hanya kerna Allah... Insya Allah pati bahagia itu milik kita didunia dan akhirat.



Izah terjumpa satu ayat yang sangat indan ini kat FB Syahirul.com sweet sgt ayat nie.

~A husband said to her wife: "50,000 years before the sky is introduced to the sea, Allah Azza Wajalla wrote down your name next to me.." ~

I always pray that your name next to mine and I will be at your side till Jannah 
Amin Ya Rabbal Alamin....
Assalamualaikum kepada yang sudi membaca blog yang tidak seberapa nie.....
Alhamdulillah kita dah hampir dengan penghujung march... pantas sungguh masa berlalu pergi... adakah kita telah menggunakan masa yang telah berlalu dengan baik atau pun tidak.. kalau tidak, pastikan masa yang akan datang ini kita manalfaatkan dengan sebaiknya.
Hari nie izah nak share dengan anda semu video clip terbaru Hafiz Hamidon dari Album Zikir Terapi yang sangat hangat dipasaran. Video nie memang sangat izah nanti-nantikan... Video yang lain dari lain... ada yang menggelarkan Hafiz Hamidon sebagai "Sami Yusof Malaysia" gelaran ynag baik... tapi bukan lah niat Hafiz nak tiru sesiapa... cuma cara mungkin ada sedikit persamaan. Tapi tak salah kan? Yang penting Dakwah dalam mengajak Umat manusia berzikir dan sentiasa mengingati Allah itu tercapai dan semoga setiap kalimah yang di sebut itu mendapat ganjaran yang baik dari Allah... Insya Allah... So apa lagi... Kalau boleh mulakan hidup anda dengan kalimah Allah semoga setiap hari akan lebih barakah :) 

Video:Subhanallah - Hafiz Hamidun ( Zikir Terapi Diri )

Video: Astaghfirullah - Hafiz Hamidun ( Zikir Terapi Diri)



ADA si teruna yang lambat menyatakan hasrat menyunting pilihan hati lalu jatuh ke pihak lain. Begitu juga halnya dengan seorang wanita yang tertarik dengan lelaki yang dirasakan calon sesuai untuk dijadikan suami namun disebabkan dia hanya menunggu akhirnya turut terlepas peluang.

Tiada larangan dalam Islam jika wanita membuat lamaran terhadap lelaki yang layak menjadi pasangan hidupnya. Apa yang berlaku itu berkait rapat dengan soal lambat menzahirkan lamaran.

Perigi mencari timba pula merujuk kepada wanita yang berusaha mencari lelaki untuk dijadikan teman hidup. Namun dalam masyarakat kita perkara berkenaan dianggap lari daripada adat dan budaya. Mungkin ‘tugas’ itu sukar dan mustahil kerana ia tidak pernah dilakukan dalam masyarakat kita.

Lihat saja sejarah Siti Khadijah yang bertindak ‘berani’ melamar Nabi Muhammad s.a.w. Beliau tidak berasa rendah diri walaupun jarak usianya dengan Rasulullah agak jauh. Bagaimana dengan wanita moden yang mahu mencontohi tindakan Siti Khadijah? Kita semua tahu, Siti Khadijah berketurunan bangsawan yang kaya-raya.

Bukan saja mempunyai perniagaan besar, tetapi beliau juga disegani kerana mempunyai kebijaksanaan dan sopan-santun tinggi.

Bagaimana jika wanita datang menyunting lelaki pilihannya dengan menggunakan orang perantaraan bagi menyampaikan hasratnya? Mungkin kaum wanita menganggap usaha mereka itu sebagai ‘terhegeh-hegeh’ dan sebab itulah ia gagal dilaksanakan. Diharap selepas ini kaum wanita terbuka hatinya untuk merubah budaya.

Wanita meminang lelaki adalah sesuatu yang lumrah. Selain Siti Khadijah meminang Rasulullah dan Saidina Umar juga pernah meminang Saidina Abu Bakar untuk puterinya Siti Habsah.

Jika mereka bertemu dengan lelaki yang layak menjadi pasangan maka ambillah peluang untuk memulakan lamaran. Jangan takut untuk mencuba dan berasa malu kerana jika ditolak sekalipun Allah pasti menjanjikan insan yang lebih baik untuk mereka.

Pernah pinangan Umar ditolak Saidina Abu Bakar tetapi penolakan itu dilakukan dengan cara paling terhormat. Namun selepas itu Umar mendapat calon yang lebih baik apabila Rasulullah memperisterikan Siti Habsah. Jelas Allah tidak akan mengecewakan hamba yang bersungguh melaksanakan syariat-Nya. Sayang sekali, malu kita tidak merujuk kepada syariat.

Sebuah hadis yang diriwayatkan Anas berkata: “Ada seorang wanita yang datang menawarkan diri kepada Rasulullah dan berkata: “Ya Rasulullah! Apakah kau memerlukan aku?” Puteri Anas yang hadir ketika mendengar perkataan wanita itu mencelanya dengan mengatakan dia tidak punya harga diri dan rasa malu. “Sungguh memalukan dan betapa buruknya…!” Anas berkata kepada puterinya itu: “Dia lebih baik daripadamu! Wanita itu senang kepada Nabi dan menawarkan dirinya!” (Riwayat Bukhari)

Pendakwah dan Pengarah Penyelidikan dan Modul Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Pahrol Mohamad Juoi, berkata malu dalam Islam mesti diukur atas dasar iman.

Tidak seharusnya seorang wanita berasa malu untuk memulakan langkah untuk melamar lelaki yang dirasakan layak untuknya.“Malah, tiada tentangan dari sudut akidah, syariah dan akhlak Islamiah terhadap perkara berkenaan,” katanya.

Beliau berkata pendekatan yang digunakan perlu selaras dengan prinsip dan matlamat yang bertepatan dengan nilai agama.“Umpamanya, wanita perlu menggunakan orang tengah iaitu keluarga, sahabat dan orang yang boleh dipercayainya untuk tujuan melamar.

Jika diterima, alhamdulillah dan jika ditolak sekalipun tidak mengapa. Allah tetap menilai percubaan itu sebagai amal soleh kerana mereka sudah melakukan sesuatu yang halal dan harus di sisi Islam,” katanya.

Pahrol berkata tidak timbul soal perigi mencari timba kerana dalam sejarah Islam ada pihak wanita yang meminang lelaki dan begitulah sebaliknya.“Kedua-dua cara berkenaan boleh dilaksanakan. Apabila ada wanita melamar lelaki yang dirasakan baik untuk dijadikan pasangan hidup ia adalah usaha yang sangat terpuji.

Berjaya atau tidak, bukan soalnya kerana Allah menilai usaha berkenaan. Jangan sesekali berasa diri direndahkan. Mereka perlu berasa malu jika terbabit dengan pergaulan bebas, pendedahan aurat dan tindakan haram lain untuk mendapatkan pasangan hidup,” katanya.

Beliau berkata pasangan hidup adalah teman yang akan bersama-sama membentuk keluarga dalam menjalani ibadat sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini.

“Ini misi besar dan berat. Bermula dari keluarga barulah terbentuknya sebuah masyarakat, negara dan ummah. Untuk membentuk keluarga ini perlu kepada lelaki kepada wanita.

Wanita tidak seharusnya rasa ‘terhegeh-hegeh’ atau tidak laku. Wanita yang dikatakan tidak laku dan terhegeh-hegeh ialah mereka yang mendedah aurat, berkelakuan tidak senonoh dan bergaul bebas sehingga ke tahap hilang rasa malu, menggadai iman serta akhlak Islamiah.

“Bagaimana umpan begitulah ikan yang akan kita dapat. Jangan terkejut jika wanita yang mendedah aurat (seksi) akan mendapat lelaki hidung belang sebagai pasangannya,” katanya.

Berdasarkan sejarah yang masyhur, Pahrol berkata Siti Khadijah tertarik dengan keperibadian Nabi Muhammad yang mempunyai sifat jujur dan bijak ketika menjalankan perniagaan.

“Semua maklumat itu diperoleh daripada hambanya, Maisarah yang ditugaskan membantu serta mengiringi Rasulullah ketika berniaga.“Sepanjang bermusafir Maisarah melihat, merasai dan meyakini bahawa Nabi Muhammad memang seorang yang baik kemudian menyampaikan laporan kepada tuannya Siti Khadijah.

“Khadijah mempunyai ketajaman menilai sumber maklumat. Apabila maklumat yang diterima diyakini benar, Siti Khadijah bertindak memanggil bapa saudaranya dan saudaranya yang lain untuk menyatakan hasrat melamar Nabi Muhammad.

“Allah mengkabulkan hajatnya dan lamarannya diterima,” katanya.

Beliau menasihatkan perkara utama untuk mencari pasangan ialah menjaga akhlak dan keperibadian selain memastikan maklumat pasangan itu benar.

“Carilah saudara, rakan, ustaz atau sesiapa yang terdekat dengan lelaki pilihan kita. Setelah ada maklumat yang benar, dirikan solat istikharah untuk meminta Allah perteguhkan keputusan yang sudah ada atau meminta petunjuk membuat keputusan yang belum ada.

“Orang yang bersolat istikharah tidak akan kecewa kerana solatnya bukan saja mencari petunjuk Allah dalam membuat keputusan yang belum pasti, tetapi turut juga meminta diperteguhkan hati melaksanakan keputusan yang pasti.

“Selepas menetapkan keputusan, teguhkan azam dan terus bertawakal. Kemudian segerakan urusan lamaran dengan memilih wakil yang baik bagi urusan meminang dan seterusnya segerakan perkahwinan,” katanya.

Pahrol berkata bagi mereka yang sudah berusaha mencari pasangan, tetapi masih belum berjaya perlu bersangka baik kepada Allah.“Penangguhan itu satu ujian yang pasti ada hikmahnya. Mungkin Allah hendak selamatkan mereka daripada mendapat suami yang jahat, pendera dan tidak bertanggungjawab.

Jadi, berusahalah sambil menunggu ketentuan daripada Allah. Jangan membuat keputusan untuk tidak berkahwin sampai akhir hayat kerana ia bertentangan dengan syariat dan fitrah.“Golongan yang menentang peraturan Allah akan menderita jiwanya dan hidup dalam kesepian. Dalam apa saja keadaan, beribadatlah sehingga kita berasa letih untuk melakukan maksiat,” katanya.

Beliau berkata gelaran seperti ‘andartu’ dan ‘andalusia’ tidak sewajarnya dilemparkan kerana hakikatnya mereka sedang diuji Allah.“Orang yang diuji sepatutnya dibantu, dikasihi dan didoakan. Masyarakat Islam sepatutnya memikirkan bagaimana kaedah untuk mencarikan jodoh buat mereka,” katanya.

Wallahualam..

Sumber: Budak Jalanan

Jika namamu yang tertulis di lauhul mahfudz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan pada diri kita. Tugasku bukan mencari dirimu tapi mensolehahkan diriku. Wahai seseorang yang tertulis di lauhul mahfuz ku, Imamku dan ayah dari anak-anakku. Engkau yang bersama dalam perjalananku nanti. Aku percaya kamu sedang memperbaiki dirimu untuk menjadi imam bagi tulang rusukmu dan buah hatimu kelak.

AMEEN YA RABBAL A'LAMEEN.

Di sudut sepi,
Aku termenung sendiri,

Hati bertalu lontarkan pertanyaan,
Otak ligat mencari jawapan.

Hati ini telah dicuri,
Hati ini dipaut sepi,
Aku gusar ianya satu dosa,
Mencintainya tika aku mencari keredhoanNya.

Ya Allah,
Berkali engkau pertemukan kami,
Berlalu berselisih bahu sudah selalu,
Engkau tetapkan kami di suatu tempat,
Namun peluang itu kami masih asing.

TakdirMu melebihi segalanya,
Kami bertemu jua akhirnya,
Mula berkenalan dan jatuh hati,
Ianya berlaku tanpa kami minta,
Ianya jauh tersimpan di sudut hati.

Aku merindui, aku menangisi,
Aku mengadu padaNya memohon kekuatan,
Mencintai dalam diam amatlah perit,
Rasanya seperti ditoreh dengan belati.

Dia menolak aku dengan sopan,
Mencari cintaMu dahulu sebagai alasan,
Aku tersenyum walaupun terkilan,
Sesungguhnya Allah lebih mengetahui.

Aku bersyukur dengan rasa ini,
Aku bersyukur dipertemukan dengan dia,
Dia membuat aku mencariNya,
Dia membuat aku lebih cintakanNya.

Hatiku tenang saatku mengadu padaNya,
Sesungguhnya Dia sebaik-baik pendengar,
Andai dia jodohku,
Pertemukan kami semula bila tiba masanya.

Amin. 



Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya.. 
Izah post je gambar kat FB nie ramai yang bertanya kan mcm mana nk buat cream puff nie... memang cream puff nie favorite Izah. Sangat seksi kan... rasa die pon sangat yummy dan menggoda...Mula-mula dulu langsung tak tau macam mana nak buat benda nie. pasal Izah lebih suka masak lauk berbanding bake kek atau pastry macam nie.  Tapi sekarang izah dah seronok belajar buat pastry macam nie. tak lah susah mana pon. Siapa nak tau mcm mana nak buat mai Izah ajar kan... hope you all boleh cuba key!!

Bahan-Bahan Cream Puff:
1 cawan air
45gram Butter Cup
1 cawan tepung
secubit garam
1 sudu gula (jika suka. kalau x suka manis x yah letak)
1/2 sudu esen vanilla
4 biji telur (kalau x nak hanyir buang pusat telur tu. pusat telur tu mcm kat bawah)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. 
Sapukan butter dan tepung pada dulang pembakar, supaya puff tidak melekat apabila dibakar

 Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

 Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

  Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

 Masukkan telur satu persatu, kemudian kacau cepat-cepat setiap kalai dimasukan telur

 Ini lah hasilnya setelah di kacau dengan telur. masukan esen vanilla dan kacau lagi

 Masukkan adunan ke dalam piping bag.
 Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. 

Spray permukaan cream puff dengan air supaya puff tidak mudah rentung.
Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 30 minit dan kelihatan perang
mula2 memang nampak kecik masa bakar die jadi sgt gebu!!

lebih kurang mcm nie lah hasilnye lepas di bakar ( ada yg terlebih perang tu... cover2)
mungkin anda semua boleh guna nozel bentuk bintang untuk hasilkan bentuk lagi cantik.

Untuk kastad cream yang kat dalam tu...
Bahan-bahan:
3 sudu tepung kastad
2 sudu tepung jagung
1 cawan susu segar
3 sudu gula
1 sudu butter

Bancuh tepung kastard dan tepung jagung dengan sedikit air
kemudian masukan semua bahan2 dalam periuk.
kacau sehingga pekat... (kalau x pekat tambah sedikt lagi tepung jagung)
dan biarkan sejuk. sebelum nak letak kat Cream Puff tu Izah saran kan buat Kastad nie dulu dan sejukan dalam peti sejuk baru buat Cream Puff tu.... mcm nie lah lebih kurang kastad cream tu

pas tu sumbatkan je kastad cream tu dalam cream puff yang dh di potong tengah-tengah tu
untuk kesan lebih dramatik mcm kat gambar atas tu... ayakan gula kastor atau pon gula yang dah di kisar halus kat atas puff nie yg ala-ala snow effect konon... hahahahaha.... 
letak dlm peti sejuk... then baru makan pon sedap... semua lah sedap kan...

 Selamat mencuba...
kat bawah nie Izah share satu video how to make cream puff by Laura Vitale. 
nie one of Video yang izah belajar cara nak buat cream puff dan izah ubah sikit je untuk kesesuaian cita rasa sendiri.... :)

Kali nie Izah nak kongsi cara buat Ikan bakar Izah's Style.
Pergh... nama macam gah je kan... bukan apa, izah suka buat ikan bakar dengan cara mcm nie 
 Bahan-bahannya: 
Bawang besar
Bawang Putih
Halia
Serai
Cili Merah
(Kisar semua bahan di atas)
Daun pisang
Daun Kesum
Garam
Sedikit Minyak
 letakan bahan2 yang dikisar tu pada ikan...
taburkan sedikit garam dan minyak supaya ikan tidak melekat
Taburkan daun kesum seperti di atas dan bungkus ikan dengan daun pisang
dan bakar ikan sehingga masak lebih kurang 10-15 minit. Jangan lama sangat bakar
jika tidak ikan akan kering...x juicy x best...

Maaf yer.. gambar hasil ikan bakar nie telupa nk ambik... tgh makan dan nk abis ikan tu baru sedar yang x ambik gambar ikan... hampeh jer kan...
Sedap sangat jika di makan bersama air asam atau pon cili kicap
nk tau cara buat air asam n cili kicap?

Air assam.
Hiris bawang kecil, bawang putih, cili padi
masukan air asam, garam dan secubit belacan.
Kacaukan....

Cili Kicap:
Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili padi.
campuran bahan yg dikisar dengan kicap
perahkan limau kasturi dan taburkan sedikit belacan jika suka... 
kemudian kacaukan saja.... :)

Senang je kan main masak2 nie....
Selamat mencuba !!!
I cant stop thinking of it every day....
Bila lah nk mai Malaysia Ipad nie...
Masa Ipad 2 hari tu x cukup duit... bila dh ada duit tetiba nak keluar Ipad New pula.
Terpaksa lah tunggu sambil simpan duit lebih sikit lagi... 
Pasal kalau keluar pon sure lah lambat dalam sebulan dua lagi kan... harga die pon boleh tahan juga 
Additional of few hundred from Ipad 2 kan....
sabau yer Izah... Sabau.... tengok jelah Video nie....
Untuk yang x pernah ada Ipad mcm Izah nie baik tunggu dan beli yang nie dari Ipad 2 pasal grafic HD die sgt lah best * bagi org yang sangat pentingkan grafik macam izah* lagi pon die ada retina display... The Third IPad Generation katanye...
I'm really fall in love with this Ipad New!!!

The New IPad new features

  • Features include retina display, 5 megapixel camera and 4G LTE capability
  • Screen is sharper than most 40-inch living room televisions
  • Capable of high-powered 3D games such as Infinity Blade: Dungeons
  • Latest version powered by high-speed A5x chip
  • Apple boasts picture resolution so crisp that words will appear sharper than words in print
  • New model of Apple TV set-top box will also play HD films
  • Films on iTunes Store now available in Full HD for first time


  • Compare The IPad2 and The New Ipad? Here



    Which one is your choice??

    Bismillahirrohmannirrohim.....

    Ya Allah..Ya Tuhanku..
    Jika pendampingku telah Engkau lahirkan
    Gerakan hatinya tuk menujuku ,Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Ridha-Mu..
    Kerana Engkaulah yang berhak atas hati hamba2-Mu..
    Dan Engkau jua yang kuasa membolak balikannya..

    Ya Rabb,
    bila dia jauh,dekatkanlah..
    Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,
    tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu..

    Ya Allah...Yang Maha Pecinta
    Pemilik cinta sejati ,Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia
    Tabahkan hatinya..
    Teguhkan imannya..
    Tegarkan penantiannya..

    Ya Rabb...Sang Pemilik Hati
    Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,Penuhi hatinya dg Kasih-Mu,
    Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,
    Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,
    Temani dia dalam kesepian..

    Ya Rabb,
    Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu,
    Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya..
    Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya..
    Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya..
    Mekarkan cintaku bersama cintanya..
    Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu..

    Rabb....
    Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri,
    Pasti kebahagiaan itu aku dapati..
    Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

    Ya ALLAH..
    kirimkan dia yang dpt membawa kebaikan,
    Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku..
    Agar kami sama2 berjamaah untuk tetap Menuju-Mu..
    bimbinglah hati kami ,Kuatkan hati kami..
    Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..
    Aamiin ya Rabb...