Exclusively By Izzah Johan

Cream Puff

Izah post je gambar kat FB nie ramai yang bertanya kan mcm mana nk buat cream puff nie... memang cream puff nie favorite Izah. Sangat seksi kan... rasa die pon sangat yummy dan menggoda...Mula-mula dulu langsung tak tau macam mana nak buat benda nie. pasal Izah lebih suka masak lauk berbanding bake kek atau pastry macam nie.  Tapi sekarang izah dah seronok belajar buat pastry macam nie. tak lah susah mana pon. Siapa nak tau mcm mana nak buat mai Izah ajar kan... hope you all boleh cuba key!!

Bahan-Bahan Cream Puff:
1 cawan air
45gram Butter Cup
1 cawan tepung
secubit garam
1 sudu gula (jika suka. kalau x suka manis x yah letak)
1/2 sudu esen vanilla
4 biji telur (kalau x nak hanyir buang pusat telur tu. pusat telur tu mcm kat bawah)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. 
Sapukan butter dan tepung pada dulang pembakar, supaya puff tidak melekat apabila dibakar

 Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

 Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.

  Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api.

 Masukkan telur satu persatu, kemudian kacau cepat-cepat setiap kalai dimasukan telur

 Ini lah hasilnya setelah di kacau dengan telur. masukan esen vanilla dan kacau lagi

 Masukkan adunan ke dalam piping bag.
 Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. 

Spray permukaan cream puff dengan air supaya puff tidak mudah rentung.
Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 30 minit dan kelihatan perang
mula2 memang nampak kecik masa bakar die jadi sgt gebu!!

lebih kurang mcm nie lah hasilnye lepas di bakar ( ada yg terlebih perang tu... cover2)
mungkin anda semua boleh guna nozel bentuk bintang untuk hasilkan bentuk lagi cantik.

Untuk kastad cream yang kat dalam tu...
Bahan-bahan:
3 sudu tepung kastad
2 sudu tepung jagung
1 cawan susu segar
3 sudu gula
1 sudu butter

Bancuh tepung kastard dan tepung jagung dengan sedikit air
kemudian masukan semua bahan2 dalam periuk.
kacau sehingga pekat... (kalau x pekat tambah sedikt lagi tepung jagung)
dan biarkan sejuk. sebelum nak letak kat Cream Puff tu Izah saran kan buat Kastad nie dulu dan sejukan dalam peti sejuk baru buat Cream Puff tu.... mcm nie lah lebih kurang kastad cream tu

pas tu sumbatkan je kastad cream tu dalam cream puff yang dh di potong tengah-tengah tu
untuk kesan lebih dramatik mcm kat gambar atas tu... ayakan gula kastor atau pon gula yang dah di kisar halus kat atas puff nie yg ala-ala snow effect konon... hahahahaha.... 
letak dlm peti sejuk... then baru makan pon sedap... semua lah sedap kan...

 Selamat mencuba...
kat bawah nie Izah share satu video how to make cream puff by Laura Vitale. 
nie one of Video yang izah belajar cara nak buat cream puff dan izah ubah sikit je untuk kesesuaian cita rasa sendiri.... :)

0 comments:

Post a Comment