Exclusively By Izzah Johan

Ikan Bakar Izah's Style

Kali nie Izah nak kongsi cara buat Ikan bakar Izah's Style.
Pergh... nama macam gah je kan... bukan apa, izah suka buat ikan bakar dengan cara mcm nie 
 Bahan-bahannya: 
Bawang besar
Bawang Putih
Halia
Serai
Cili Merah
(Kisar semua bahan di atas)
Daun pisang
Daun Kesum
Garam
Sedikit Minyak
 letakan bahan2 yang dikisar tu pada ikan...
taburkan sedikit garam dan minyak supaya ikan tidak melekat
Taburkan daun kesum seperti di atas dan bungkus ikan dengan daun pisang
dan bakar ikan sehingga masak lebih kurang 10-15 minit. Jangan lama sangat bakar
jika tidak ikan akan kering...x juicy x best...

Maaf yer.. gambar hasil ikan bakar nie telupa nk ambik... tgh makan dan nk abis ikan tu baru sedar yang x ambik gambar ikan... hampeh jer kan...
Sedap sangat jika di makan bersama air asam atau pon cili kicap
nk tau cara buat air asam n cili kicap?

Air assam.
Hiris bawang kecil, bawang putih, cili padi
masukan air asam, garam dan secubit belacan.
Kacaukan....

Cili Kicap:
Kisarkan bawang merah, bawang putih, cili padi.
campuran bahan yg dikisar dengan kicap
perahkan limau kasturi dan taburkan sedikit belacan jika suka... 
kemudian kacaukan saja.... :)

Senang je kan main masak2 nie....
Selamat mencuba !!!

0 comments:

Post a Comment