Exclusively By Izzah Johan

Ikan Masak Lemak Belimbing Buluh

Lama dah Izah tak buat entry resipi kan? tetiba teringin nak buat.
kali nie nak share sikit resipi masakan kegemaran Izah. Actually Izah bukan suka sangat makan masak lemak nie, tapi yang buat Izah suka sangat bila kita masukan Belimbing buluh dalam masakan. haa.. Tu lah yang paling tak boleh nak tolak kalau nmpak belimbing buluh tu. *tengah tulis entry nie pon tetiba kecur air liur nie*
Bagi siapa yang tak biasa makan cuba try. memang masam-masak sikit rasa dia, tapi sangat sedap! nak tau macam mana nak masak? mai sini izah tunjuk... senang je...
Bahan-bahan yang di perlukan;
Bawang Merah
Bawang Putih
Cili Padi
Kunyit Hidup
(tumbuk semua bahan di atas)
Ikan 
(ikut selera, kat gambar di atas izah pakai ikan Jenahak)
Santan
Pati Santan
Serai (di titik)
Daun Kunyit
asam keping (jika suka)
belimbing buluh *sudah mesti lah kan*

Masak lemak lah masakan yang paling senang nak di masak. 
1. Masukan ikan dan bahan-bahan yang telah ditumbuk kedalam periuk
2. Masukan santan, serai dan daun kunyit. Assam keping juga boleh di letak kan jika suka.
3.Hidupkan api dan masak dengan api yang sederhana. kacau sekali sekala untuk mengelakan ikan hancur. 
4. Bila sudah mendidih, masukan pati santan dan belimbing buluh dan bair kan sehingga mendidih.
5. Bila dah mendidih, tutup api dan sedia untuk di makan...
dibawah ini lah contoh hasilnye
Masak lemak nie kalau letak extra cili padi memang sangat sedap. 
*bagi penggemar masakan pedas*
makin lama tgk gambar atas nie makin lapa.. *rosak diet Izah... hahahaha... diet ke?*
Selamat mencuba yer... :)


1 comment:

  1. sedap nye... nak cuba lah hari ni.... t.q ya...?

    ReplyDelete