Exclusively By Izzah Johan

Gambar kat atas nie sangat lah membuka selera *dok telan ayaq lioq tau buat entry nie...* memang salah satu lauk kegemaran Ayah dan Izah yang tidak akan di reject kalau ada didepan mata... Pedas die terbaik!!! Sambal tahun nie lauk kaum Jawa (ayah izah orang jawa. Izah je yang dh x jawa...hahaha...) sangat pedas kerna memang akan ada banyak sangat cili padi. 
Sebab nama dia sambal tahun kerana lauk nie tahan lama... kerana sering dipanaskan.. semakin kerap dipanaskan akan bertambah lah rasa pedas die... tapi kalau kat umah izah mmg x tahan lama.. bukan apa.. cepat nau abis... tapi kami xkan makan on the spot after masak, pasal x pedas.... hari kedua baru lah rasa die betu2 kaw....buat makan ngan nasi panas2 memang teramat lah sedap. *telan ayaq lioq lg* kalau bulan puasa.. bersahur lauk nie dengan nasi mmg bukak selera nak makan time pagi2 tu silap2 leh tambah 2x.. *kembang lg lah time pose nnt gamaknye*
Bagi sesiapa yang gemar kan lauk yang pedas boleh lah try resipi nie key :)


Bahannya:
1 kilogram kerang
1 kilogram Cumit Kering yang di rebus (sotong kecil yang di keringkan)
(kuantiti mengikut suka)
Segenggam udang kering (ditumbuk tp jgn halus sangat)
5 sudu minyak
(semua bahan dibawah di hiris halus)
2 batang serai 
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2 inci halia 
4 inci lengkuas (lagi banyak lengkuas lg sedap)
Santan (sebiji kelapa, ambil patinya)
Sekeping asam keping
Segenggam cili padi (atau mengikut selera)
Garam secukup rasa

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah bawang putih sehingga naik bau
2. Mauskan udang kering yg di tumbuk.
3. Masukan halia, serai dan lengkuas yang di hiris dan tumis sehingga naik bau semua bahan.
4. Masukan cili padi dan biarkan sehingga cili layu. (gunakan api yg sederhana untuk elak bahan2 hangus)
5. Kemudian masukan semua Kerang dan Cumit  berserta santan.
6. Masukan asam keping. dan teruskan memasak (dikacau) dengan api yg sederhana atau kecil sehingga santan
    mendidih dan menjadi pekat.
7. Masukan garam secukup rasa.
8. Dah siap.. leh lah makan dengan family.


*tips masakan nie boleh dimasak banyak. kemudian sentiasa dipanaskan dengan api kecil untuk sambal tahun nie tahan lama. lagi kerap dipanaskan akan bertambah rasa pedasnya 


*ada jugak yang menukar bahan2 seafood tu dengan daging atau ayam.. semua tu ikot suka.. bahan lain tetap sama... yang penting masak lama untuk kekal tahan lama dan pedas...

*kalau bahan2 seperti kerang dan cumit tu dah hampir abis... tapi santan dan cili masih ada... boleh je rebuskan kerang dan cumit kemudian masukan je kedalam bahan2 tadi untuk di tambah... panas kan saja semua bahan... masih kaw jika cili dan lengkuasnya masih banyak... kalau kering sangat tambahkan sedikit air

Selamat mencuba!!!