Exclusively By Izzah Johan


Kitab Bidayatul Hidayah m/s 55
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL









Assalamualaikum... memang dah lama tak update blog nie. ramai yang minta izah resipi pavlova nie..  izah jual Pavlova nie tapi ramai yang x dapat nak ambil sendiri dari izah pasal jauh kan tapi ramai yang teringin. so mai sini saya ajar u all mcm mana nak buat pavlova nie... pernah izah tulis entry pavlova but tu besar nie lagi small size cocktail.. senang nak hidang dan senang sekali masuk mulut je....
kalau agak2 malas sangat lah nak buat or nak rasa yang izah buat 
boleh order dengan cara whatsapp pada izah 019382102 self pickup at my house at taman sri andala Klang atau pickup point at shah Alam or subang *with delivery charges* 



Bahan-bahan Pavlova
4 lbiji (120 grams) telur putih
1 cawan (200 grams) gula kaster
1/2 sudu kecil  vanilla esen
1 sudukecil cuka makanan
1/2 sudu makan tepung jagung

Topping:

1 cup (240 ml) non-diary whipping cream
1/2 cup cheese cream 

Cara buat Cheese Cream 
1. Pukul Cheese sehingga kembang
2. Masukan Non-diary whipping cream dan pukul lagi sehingga kembang dan gebu.


Cadangan buah-buahan untuk hiasan

Buah segar- markisa, kiwi, strawberries, raspberries, blackberries,  pic, nanas dan lain-lain buah mengikut kesukaan anda

Cara membuat Mini Pavlova

  1. Pukul putih telur sehingga setengah kembang. Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan gula semuanya telah hancur.
  2. Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan.
  3. Tuangkan atas acuan kertas kecil2
  4. Panaskan oven pada 200 darjah C dalam 10 min
  5. Bila masukan pavlova dalam oven terus turunkan suhu kepada 160 darjah C dan Bakar dalam oven selama lebih kurang 1 jam. Tutup suis dan biarkan dalam oven sehingga sejuk.
  6. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim. Hiaskan dengan buah-buahan segar.
    * dalam acuan kertas comel2*
    *Bakar dalam oven*
    Hasil selepas di bakar
     Tada....Dah siap...
    resipi nie boleh pakai untuk pavlova yang besar juga bentuk and saiz pavlova tu anda yang tentukan...
    nak tengok  some of other size of pavlova yang izah pernah buat tengok nie...



     kat bawah nie jugak izah nak share video how to make pavlova lah kalau nak tengok... so insha Allah u All boleh buat juga :)
    selamat ber pavlova
Alhamdulillah... IzaRina Belleza kini official Independent Distributor for Shaklee Product. Nak purchase or need Shaklee product advice and consultation boleh contact saya key either PM or Whatsapp 019-380 2102 or if berminat nak ber business bersama we can share and experience and health and beauty tips... or any kind of product just text me... Insha Allah im ready to help...  Motivate together, Success together!!! Berminat ingin menjadi Shaklee Independent Distributor dan mempunyai business sendiri yg dapat menjana pendapatan sampingan lumayan? Yuran keahlian hanya RM75 sahaja! yes murah!  Jom sihat dan berjaya bersama Shaklee



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
Selepas dibebaskan daripada pemulauan penduduk Makkah ke atas Nabi saw, Allah terus menguji Nabi saw. Khadijah, isteri kesayangan Nabi saw telah meninggal dunia. Sangat besar jasa isteri baginda dalam usaha untuk membantu pengembangan dan penyiaran dawah Islam selama 10 tahun di Makkah. Tidak lama selepas itu, Abu Talib pula meninggal. Nabi amat menyayangi Abu Talib kerana dialah satu-satunya bapa saudara Nabi sw yang sangat berjasa kepada baginda saw, sama ada ketika Nabi saw masih kecil mahupun setelah diangkat menjadi Rasulallah saw. Kerana telah kehilangan 2 orang tulang belakang kepada perjuangan Nabi saw, nabi berasa amat berduka dan bersedih yang berpanjangan, dan di namakan tahun itu adalah Amul Huzn, ‘Tahun Berdukacita’. Dalam kitab sirah menyebut perbezaan hari antara kematian 2 orang yang paling dicintai Nabi saw adalah 35 hari.
Bertambah kedukaan baginda saw bila mana bapa saudaranya, Abu Talib menghembuskan nafas terakhirnya bukan dalam keadaan beragama Islam.
Allah swt menurunkan wahyu kepada baginda  saw:
“Sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) tidak kuasa untuk memberi hidayah petunujuk kepada sesiapa yang kamu kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang bekruaksa untuk memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturannya) dan Dialah jua yang mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)
(al-Qasas: 56)
Setelah kewafatan Abu Talib, maka tentangan kepada Nabi saw bertambah hebat. Ketika Baginda saw sedang berjalan disebuah lorong di Kota Mekah, Baginda saw diejek dan dihina sehinggakan kepala Baginda saw ditaburkan dengan pasir. Walaupun begitu, Baginda saw tetap meneruskan perjalanannya sehingga tiba di rumahnya. Melihat kepada keadaan Baginda saw, puteri Baginda, Fatimah menangis sambil membersihkan kepala Baginda saw. Dengan penuh ketabahan, Rasulullah saw berkata kepada puterinya:
“Wahai puteriku, janganlah kamu menangis kerana sesungguhnya Allah akan melindungi ayahmu ini.”
Kemudian, wahyu diturunkan kepada Nabi saw perintah berhijrah  dan ketika berhijrah di Thaif, baginda saw bersama Zaid bin Harithah pergi ke Thaif.
Amat mendukacitakan bila mana dakwah Baginda saw di Thaif diterima bahkan dihalau keluar bersama dengan Zaid bin Harithah. Orang-orang disuruh berkumpul  dan berbaris di kiri dan kanan jalan yang dilalui Nabi saw sambol mencaci maki dengan perkataan yang keji dan mendustakan Nabi saw.  Pemeritah dan orang yang berkuasa di Thaif menyuruh agar mereka melemparkan pasir dan batu ke  arah Nabi saw dan Zaid bin Harithah.
Akibat lemparan itu, kedua-dua kaki Nabi saw luka dan mengeluarkan darah manakala Zaid pula cedera di kepala. Walaupun penduduk Thaif melihat Nabi saw dan Zaid bin Harithah cedera, mereka tetap dengan perbuatannya  sehingga Nabi saw terpaksa berjalan dengan merangkak kerana menahan  kesakitan. Melihat  Nabi saw berjalan dengan terengsot-engsot dan merangkak, mereka mengejak, mentertwakan dan mencaci maki Nabi saw.
Kemudian Nabi saw berehat di sebuah kebun milik ‘Utbah bin Rabi’ah. Kelihatan seorang lelaki bersembunyi di sebuah kebun anggur dengan penuh kelelahan. Kedua-dua kakinya basah dengan darah dek kerana luka. Dari wajahnya terpancar kesedihan yang mendalam. Usahanya selama 10 hari ternyata sia-sia belaka. Dengan mata berkaca-kaca baginda berdoa:
“Ya Allah, kepada-Mu aku mengeluhkan kelemahan-kelemahanku, ketidak berdayaanku, dan kehinaanku di hadapan manusia. Wahai yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi! Engkau Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau hendak menyerahkan diriku? Kepada orang-orang asing yang bermuka masam terhadapku atau kepada musuh yang Engkau takdirkan akan mengalahkanku?”

“Ya Allah, kepadamu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya! Arhamarrahimin! Engkaulah tuhan orang yang ditindas. Engkaulah tuhanku. Kepada siapalah engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasai aku? Sekiranya engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli. Namun, afiatmu sudah cukup buatku. Aku berlinding dengan nur wajahMu yang menerangi segala kegelapan dan teratur diatas nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya(untuk melakukan Kebaikan) dan tiada upaya(untuk meniggalkan kejahatan) kecuali denganMu.”

“Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah  teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau.”

“Hal itu tidak aku risaukan, jika Engkau tidak murka kepadaku. Namun, rahmat-Mu bagiku amat luas. Aku menyerahkan diri pada cahaya-Mu yang menerangi segala kegelapan dan menentukan kebaikan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung dari murka-Mu. Aku senantiasa mohon reda-Mu. Kerana tidak ada daya dan kekuatan kecuali atas perkenan-Mu.”
Doa ini merupakan rintihan Nabi saw yang penuh dengan kata-kata yang penuh pengertiannya. Utbah dan Syaibah memasang telinga mendengar pengaduan hebat dari seorang Rasul kepada Rabbnya. Rintihan yang dipohan oleh rasulullah telah membuatkan kekafiran Utbah dan Syaibah turut juga luntur hingga meyuruh kahdamnya Addas untuk memberikan anggur kepad Nabi Muhammad SAW sebagai penghilang kelaparan.
Lalu, Nabi saw bersama Zaid bin Harithah pulang menuju ke Makkah. Ketika baginda saw mahu beredar dari situ, Jibril datang dengan diiringi oleh malaikat penjaga gunung. Jibril as berkata kepada Nabi saw:
“Wahai Rasulallah! Sesungguhnya Allah mendengar perkataan kaummu kepadamu dan penolakan mereka kepadamu. Dia mengutuskan malaikat penjaga gunung kepadamu supaya kamu perintahkan kepadamu supaya kamu perintahkan kepadanya apa yang kamu kehendaki ke atas mereka (kaum Bani Tsaqif).
Malaikat penjaga gunung berkata:
“Ya Rasulallah! Sesungguhnya Allah swt mendengar perkataan kaummu dan aku adalah malaikat penjaga gunung. Sesungguhnya Dia mengutuskanku kepadamu supaya kamu perintahkan kepadaku apa yang kamu kehendaki. Sekiranya engkau mahu supaya melipatkan gunung yang besar ini ke atas mereka, tentu aku lakukan (Gunung Abu Qubais dan Gunung Qa’aiqa’an)
Nabi saw menjawab:
“TIDAK! Sesugguhnya aku berharap mudah-mudahan Allah swt memberikan kepada mereka keturunan yang menyembah Allah swt dan tidak menyukutukanNya dengan sesuatu pun.”
Jibril berkata:
“Sesugguhnya Allah swt memerintahkan supaya aku mengikuti kemahuanmu ke atas kaummu kerana perbuatan mereka kepadamu!”
Nabi saw menjawab sambil berdoa:
“Ya ALLAH! Engaku tunjukkan (jalan yang lurus) kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Begitulah mulianya sifat Nabi saw kepada umatnya. Betapa Nabi saw mencintai dan mengasihi umatnya hatta bila mana dirinya telah disakiti hingga berdarah, namun masih lagi dapat memaafkan bahkan mendokan kebaikan dan kesejahteraan ke atas mereka.
Jika dibandingkan dengan diri kita, jika telah dilakukan oleh sedemikian rupa ke atas kita, maka apakah pula tindakan kita? Apatah lagi bila mana malaikat telah datang dan akan mendengar segala permintaan kita di atas izinNya. FIKIRKAN..

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Assalamualaikum.....Good Morning Darling!!! 


IzaRina Belleza nak buat promosi buat pelanggan setia Aura White yang sedang mendapat permintaan ramai! 


RM150(S) RM155(S/S)

anda akan dapat free gift:

*DETOX FOOT PATCH
*RUMPAI LAUT GRED AA
*BLACK MASK
*NATURGO MASK

*EYE LINER
*SHAKER
*3D FACE MASK
*POSLAJU 
(Selagi stock masih ada!!!) Jom! order sekarang!!!

All Ready Stock item!

Visit FB IzaRina Belleza
Whatsapp/ SMS :019-3802102
WeChat : izahjohan
email : izarinabelleza@gmail.com


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
Istimewa untuk pengguna produk Felinna Beauty. 
PROMOSI HARGA untuk pelanggan yang dihargai terutama Pelanggan IzaRina Belleza 
Bermula 15 April hingga 21 April 2013!!
Fee postage untuk pelanggan IzaRina Belleza!!!

DUA (2) Felinna Beauty Body Lotion pada harga RM120.00 

DUA (2) Pure Marine Collegen Vitamin C (PMCVC) pada harga RM140.00. 

 Promosi pek combo iaitu satu (1) Felinna Beauty Body Lotion + satu (1) Felinna Beauty Pure Marine Collegen Vitamin C (PMCVC) pada harga RM130.00. 


Alhamdulillah berkat jualan and pembelian Produk Felinna Beautu dari anda semua kita berjaya mengumpul rm50k dalam tempoh half month shj utk disumbangkan kepada tabung wira lahad datu :) syukur dan tahniah kepada semua yg menjual and membeli. 

saham di Raffelinna adalah saham bersama.. mari menabung utk saham akhirat, Alhamdulillah.. we are happy to share this good news!

JOM dapatkan Harga Promosi Felinna Beauty dariIzaRina Belleza!
Order sekarang!!! All Ready Stock item!

Visit FB IzaRina Belleza
Whatsapp/ SMS :019-3802102
WeChat : izahjohan
email : izarinabelleza@gmail.com


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


 Kau ada dikala ku suka,
Dikala ku duka,
setiap tangisan dan juga ketawa,
Kau ada dikala ku perlu,
setia menemaniku,
Pegang erat tanganku bila aku jatuh..
Kau lah yang selalu,
Selalu menemaniku,
mendengar kisah pahit manis,
Hidup ku...
Kau lah yang di situ,
Setia menunggu ku,
Kau lah yang satu,
Menjadi sahabatku..
Ku tahu ku kan selalu ada,
Pada dirimu,
Dan ku harap kau juga rasa begitu..
Kau lah yang selalu,
Selalu menemaniku,
Mendengar kisah pahit manis,
Hidup ku..
Kau lah yang di situ,

Setia menunggu ku,
Kau lah yang satu,
Menjadi sahabatku..
Kau lah yang selalu,
Selalu menemaniku,
Mendengar kisah pahit manis,
Hidup ku..


 Kau lah yang di situ,
Setia menunggu ku,
Kau lah yang satu,
Menjadi sahabatku..
Sahabatku.


*Thank you so much everyone that make my life colorful as my SAHABAT*
Really miss all time we had together!

Segala pujian itu hanya milikmu wahai Tuhan penentu segala takdir. Selawat dan salam buat Rasul junjungan petunjuk sepanjang zaman, Nabi Muhammad s.a.w dan ahli keluarga serta para sahabatnya yang umpama bintang-bintang bergemerlapan
Ya Allah..
panjangkanlah umur sahabatku.. Kurniakanlah kesihatan yang baik padanya, terangi hatinya dengan nur pancaran iman.
Tetapkanlah hatinya, perluaskanlah rezekinya, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya pada kejahatan, tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia dan akhirat..
Ya Allah…
Lindunglah sahabatku dari hilangnya nikmatMu dan berubahnya kesejahteraanMu dan mendadaknya seksaMu dan berbagai macam murkaMu.


Allahuma Ameen
 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”



 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

 Pesona Zulaikha, lagu yang sangat indah susuna lirik dan lagunya... 

Indah wajahnya gamit pesona
pedih jemari terluka tidak terasa
anggun tingkahnya runtun jiwamu
adakah malaikat menjelma manusia

saat kau turutkan perintah nafsumu
enggan dia tunduk pada godaanmu
dihasut amarah kau lontarkan fitnah
terpenjara Yusof pertahan imannya

begitu cinta si Zulaikha
tega mendamba kekasihnya
hingga tenggelam dalam amukan rindunya
namun tika datang cahaya
dari Cinta segala cinta
seluruh jiwa kini hanyalah Khaliqnya

berganti rayu pada yang Satu
basah bibirmu meratib asma' yang Esa
hati yang tulus rindu yang Qudus
inilah cinta yang sebenarnya cinta

dalam kehilangan kau temui iman
tidak dibiarkan engkau kehancuran
Yusofmu di sisi Tuhanmu di hati
hanya pengabdian bukti kesyukuran

oh Zulaikha, engkau alihkan cinta
dari cinta hamba ke Penciptanya
rindumu bukanlah pemusnah diri
tetapi penemu Cinta Hakiki
oh Zulaikha, kisahmu mempesona
kisah cinta yang akhirnya bertemu cintanya

Album : Kias Cinta
Munsyid : Suhaimi Saad








 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

ALLAHUMAJ AL FII QALBI NUURA

WA FII SAM'II NUURA
WA FII BASHARI NUURA
WA AN YAMIINII NUURA
WA AN SYIMAALII NUURA
WA MIN KHALFII NUURA
WA MIN AMAAMII NUURA
WA MIN FAUQII NUURA
WA MIN TAHTII NUURA
WA MIN A'SHABII NUURA
WA FII DAMII NUURA
WA FII LAHMII NUURA
WA FII SJA'RII NUURA
WA FII LISA NII NUURA
WA FII YADII NUURA
WA FII RIJLII NUURA
WAJ ALIL BASHARA NUURA
BIRAHMATIKA YAA ARHAMAR RAAHIMIIN.



Artinya :
Ya Allah, semoga Engkau sinarkan cahaya Nur Mu dalam hatiku, begitu juga pada telingaku, pada mataku, padakirikananku, pada muka dan belakangku, atas dan bawahku, pada urat sarafku dan pada darahku, dalam dagingku, pada rambutku dan lidahku, pada kaki dan tanganku, dan semoga Engkau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranku, dengan rahmatMu ya Allah Yang Maha Pengasih.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Siapa Wanita Cantik?

Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Saidatina Aisyah RA pernah berpesan,
"Sebaik-baik wanita adalah yang tidak memandang dan dipandang"


Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU


 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


اَللَّهُمَّ اشْفِنِي وَأَنْتَ الشَّافِي وَعَافِنِى وَأَنْتَ الْمُعَافِى. اَللَّهُمَّ اِنْ كُنْتَ أَمْرَضْتَنِى لِقَبْضِ رُوحِي فِي مَرَضِى هَذَا فَاجْعَلْ رُوحِى فِيمَنْ سَبَقَتْ لَهُمْ مِنْكَ الْحُسْنِى وَأَعِذْنِى كَمَا أَعَذْتَ اُوْلَئِكَ الَّذِينَ سَبَقَتْ لَهُمْ مِنْكَ الْحُسْنِى.

Ya Allah, sembuhkanlah aku. Engkau adalah Zat Penyembuh, dan selamatkanlah aku, Engkau adalah Zat Penyelamat. Ya Allah, apabila Engkau rasakan sakit pada aku ketika roh hendak dicabut, maka jadikanlah rohku itu termasuk roh-roh orang yang mendapat kebaikan. Dan lindungilah aku sebagaimana Engkau melindungi orang-orang yang berbuat baik.

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”




Maaf
Jika ku terlalu selesa
Maafkanlah jika tak mampu berpisah
Telahku cuba, terseksa tak terdaya, terasa
Bukan memaksa

Bukan juga ku meminta
Maaf jika cintaku takkan mati
Maafkanlah jika aku takkan pergi
Takku mampu berhenti
Takku izin simpati
Hanya mengerti
Hanya kau utuh di hati

Andai bisa ku ingin jadi air mata
Terbit di mata matiku di bibir
Walau cuma seketika
Bersamanya

Namun hingga hujung nyawaku
Mencintanya
Maaf jika ku semakin setia
Maafkanlah
Jika kau takkan ku lupa
Telah ku pinta, biarlah
Tak berubah hatinya

Maafkan kerana
benar aku amat cinta


Lagu: Azlan Abu Hassan

Lirik: Fazley Yaakob


~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Fall in love with this song... 
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ia akan gagal kerena perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia memang seorang yang istimewa dan biarkan ia kekal. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali coba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.


4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerena kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerena dia telah cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mau begitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apa lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi
berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahwa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apapun keadaan.
Source: Mahligai Impian