Exclusively By Izzah Johan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ia akan gagal kerena perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.
2. Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia memang seorang yang istimewa dan biarkan ia kekal. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerena sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerena dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.
3. Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali coba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.


4. Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerena kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.
5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerena dia telah cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.
6. Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mau begitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apa lagi dia.
7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerena selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi
berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.
8. BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.
9. Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahwa jiwanya akan mati secara perlahan.
10. Jangan cepat berbangga dengan diri, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda peroleh setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahwa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apapun keadaan.
Source: Mahligai Impian



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”



Apa hebatnya dengan perkahwinan dan pernikahan ini?

(1) Berkahwin dapat mendekatkan dan menghampirkan kita dengan Allah SWT. Kemanisan iman itu akan tertingkat jika kita meletakkan matlamat pernikahan itu pada asasnya yang betul dan benar.

(2) Bernikah itu akan memberikan suatu jalan yang bersih, suci dan halal dalam kita melempiaskan keinginan hawa nafsu kita. Malah, hubungan suami isteri itu dikira sebagai ibadah dan diganjari pahala daripada Allah SWT.

(3) Ia juga akan memberikan suatu perasaan yang sungguh membahagiakan, menenangkan dan melapangkan bagi pasangan suami isteri. Indahnya apabila ada insan yang mencintai, menyayangi dan melindungi kita.

(4) Berkeluarga itu adalah suatu anugerah Allah SWT. Ia akan mendewasakan dan mematangkan lagi suami isteri dalam mengurus hal-hal rumah tangga secara bersama. Anugerah ini jika dilalui dengan bersama, wujudnya persefahaman dan serasian ia adalah bentuk-bentuk kejayaan yang akan membawa ahli-ahli keluarga kepada keredhaan Allah SWT.

(5) Suami isteri adalah saling melengkapi antara satu sama lain. Titik-titik kelemahan dan kekurangan yang ada akan dibantu oleh pasangan untuk sama-sama perbaiki dari satu tahap ke satu tahap. Hal ini, amat sukar difahami kecuali hanya bagi yang telah berkahwin. Nak tahu lebih lanjut? Anda kenalah kahwin dulu.

(6) Satu lagi, perkahwinan itu boleh menambahkan rezeki manusia. MasyaAllah, benar. Ini sejajar dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud : Dari Aisyah Radiallahu-Anha, telah bersabda Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam: Berkahwinlah kamu kerana perempuan itu juga boleh menolong kamu mencari harta atau boleh menolong kamu menjimatkan harta. (Riwayat Al-Imam Al-Bazzar).

(7) Perkahwinan itu satu perkongsian. Bak kata pepatah : Sharing is caring. Dengan berkongsi cita-cita, harapan dan impian – kita akan lebih kuat, hebat, luar bisa dan bersemangat untuk mencapai serta menggapainya. Itulah hebatnya perkahwinan, jika pasangan hidup kita adalah pasangan yang hebat maka kita akan tertempias aura atau gelombang kehebatannya.

(8) Manusia itu akan sunyi dan sepi tanpa pendamping, teman dan pasangan. Islam memberikan suatu kaedah dalam mengubati kesunyian itu melalui perkahwinan. Melaluinya, pasangan suami isteri dapat berkongsi perasaan, cerita dan segala-galanya secara bersama.

(9) Melalui perkahwinan, insyaAllah – Allah SWT akan anugerahkan cahaya mata dan anak. Ia adalah buah hati yang tidak tergambar bagaimanakah perasaan bagi yang memilikinya. Anak bukanlah bebanan, tetapi suatu amanah yang harus dipelihara dengan sebaiknya.

(10) Rumahtangga ini adalah umpama suatu bentuk organisasi berskala kecil yang di dalamnya terdapat suatu sistem pengurusan yang menyeluruh. Bagi yang berkahwin, mereka akan berusaha mengurusnya sebaik mungkin agar keluarga yang dibina dapat dikendalikan dengan seimbang, teratur dan sistematik.

MasyaAllah Tabarakallah– inilah sunnah yang besar manfaat, pahala dan kebaikan bagi yang melihatnya melalui kacamata keimanan dan ketaqwaan.
  



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


 "Lelaki yang terbaik tidak akan mencintai wanita yang paling cantik namun akan mencintai wanita yang mampu menjadikan hidupnya cantik di dunia dan akhirat, dan juga menjadikan wanita itu cantik dunia dan akhirat bersama-samanya. 
 jika wanita itu ada potensi dididik, kenapa mahu putuskan? Sambungkanlah dengan ikatan pernikahan. Dia dah sayang kamu sepenuh hati, kamu pun sama. Dia rela dan sanggup berkorban apa sahaja untuk kamu. Banyak masa dah terbuang untuk fokus pada hubungan kamu berdua. Tak terkira sumpah dan janji. Dikhuatiri juga, bila putus dalam keadaan begini kesan luka di hati pada pasangan akan menjadikan keadaan bertambah buruk. Hati pun jadi bertambah kusut, sedih. Kenapa nak sedihkan pasangan? Berilah berita gembira dengan melamar dari walinya. Ajaklah dia berubah sekali ya"

Sabda Rasulullah (SAW) : “nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa  yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.

“ Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah pun melengkapi separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah ia kepada Allah di separuh yang belum lagi.”
( Riwayat Baihaqi)
“Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih mudah menundukkan pandangan dan lebih menjaga farji (kemaluan). Dan barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa, karena puasa itu dapat menjaga dirinya.(Hadis Sahih Riwayat. Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasaiy, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi).

"dan antara tanda-tanda kekuasaanNYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakanNYA cinta kasih sayang antara kamu.Sungguh,dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran."
(Surah ar-Rum,ayat 21) 

Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadisnya (yang bermaksud); “Dikahwini seorang perempuan itu kerana empat sebab; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Kamu pilihlah perempuan yang patuh kepada agama supaya kamu tidak rugi/kecewa”. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-)

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w, bersabda: “Satu dinar yang kamu nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan budak, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu, maka yang paling besar pahalanya yaitu satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu.” (Hadis Riwayat Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Memberi nafkah terhadap keluarga).



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”
 

”Aku bukanlah yang terbaik di kalangan kamu. Jika kamu dapati aku berada di atas kebenaran, maka ikutilah (bantulah) aku. Dan jika kamu dapati aku berada di atas kebatilan, maka perbetulkanlah (halangilah) aku.”
-Saidina Abu Bakar as Siddiq-




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Anda mengalami masalah seperti berikut???


Mahu izah berikan cara membantu mendapatkan kulit yang gebu dan cerah?

 Produk Aura White ini adalah produk minuman inovasi terkini untuk PENCERAHAN KULIT YANG PERTAMA DI MALAYSIA MENGABUNGKAN 3 STEM SEL DARI TOMATO, EPAL DAN ROSELLE BERSAMA GLUTATHIONE DAN TILAPIA KOLAGEN!!!



Dengan ramuan berkualiti premium yaang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti lemon, turnip, strawberi, maquiberry, betik, sarang burung, astaxanthin dan pinebark, pastinya gabungan mantap yang memberikan 3 kali kuasa pencerahan kulit malah berupaya merangsang penjanaan sel2 kulit baru serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan sekata hanya dalam 14 HARI !! (*kesan bergantung kepada individu*)



HARGA:

RM150(S) RM155(S/S)

-HARGA TERMASUK KOS POS-

500GM/JAR

(1-2 BULAN PENGAMBILAN)
-untuk tempoh terhad, percuma shaker dan masker muka-

HUBUNGI IZARINA BELLEZA (019-3802102) @ PM 
WHATSAPP & SMS



 KEISTIMEWAAN AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 400,000MG 


- 50% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2 Minggu

- memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah

- menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab

- mengurangi kedutan dan garis2 halus
- mengecilkan pori2 kulit
- menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
- meningkatkan sistem imunisasi badan
- mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
- mengatasi masalah jerawat dan jeragat
- mengurangi sakit radang/sendi
- mengandungi prebiotik dan 3 kali stem sel
- sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
- membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
- mengurangi kolesterol
- menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
- meningkatkan kualiti tidur
- sesuai untuk lelaki dan wanita 



 1) Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang..
2) Bancuh menggunakan air mineral / plain water biasa.. Tidak di galakkan bancuh menggunakan air panas kerana di khuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang
3) Jauhi minum / makan dari sumber yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.
4) WAJIB minum air masak / mineral / plain water sekurang-kurangnya 3-5 liters sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas. Minumlah sediki2 dengan kadar yang cepat..
5) Cara yang sesuai untuk pengambilan AURA WHITE adalah semasa perut kosong.Di nasihatkan ambil pada waktu pagi (2 jam sebelum sarapan) dan malam sebelum tidur (2 jam selepas makan malam)
 SESUAI UNTUK :-
- Lelaki dan Perempuan
- Boleh diambil oleh wanita dalam tempoh period
- Boleh diambil oleh ibu mengandung (Kandungan 4 bulan ke atas)
- Boleh diambil seawal umur 14 tahun keatas.


Beberapa persoalan yang sering ditanya pengguna:

a). 1 jar tu brapa gram? Tulis 500gm, tp kenapa isi ia 400,000mg?
- Sebab ia termasuk berat jar/bekas ia.. isi kandungan memang 400gm=400,000mg

b). 1 jar tahan brapa lama?
- Bergantung cara pengambilan. Jika sekali sehari, tahan 2 bulan. Tapi permulaan amal, di sarankan minum lah 2 kali sehari, pagi dan malam. Jadi ia tahan untuk sebulan.. Nak kesan bagus dan cepat kan, jadi minum banyak2 sikit..hehe.. (air bersih juga minum secukup nya ye..)

c). Rasa ia macam mana ye?
- Rasa manis2 anggur..:) sedap.. kena cuba sendiri, baru tau..

d). Jar tu plastik ke tin? Kang berkarat lak, bahaya tu..
- Bekas plastik yang cantik, macam tupperware.. Dah habis isi nanti boleh gantikan dengan biskut..hehe..

e). Alahan seafood/resdung boleh ambil?
- Boleh. Kolagen ia dari sumber akuatik - ikan talapia, tiada unsur marin. Bahan2 lain dari ekstrak buah juga sarang burung.. sangat bagus untuk kesihatan dalaman selain untuk mencantikkan kulit..

f). Jika ada penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis atau jantung boleh minum ke?
- Aura white selamat untuk semua. Ia minuman bernutrisi bebas gula dan pengawet. Jika makan ubat, jarakkan masa pengambilan. Jika bimbang berlakunya tindakbalas yang teruk, cuba minum dengan dos yang sedikit dulu, setengah scoop..

g). Berapa lama nak nampak halus, cerah, gebu ni?
- Jika konsisten 2 kali sehari, jaga pemakanan dan badan sihat, tentunya kesan terserlah pada kulit dalam tempoh 2 minggu sahaja!!

h). Jika berhentikan pengambilan kulit jadi kusam semula ke?
- Badan kita ni terdedah dengan radikal bebas setiap hari.. proses penuaan juga berlaku setiap saat. Beza nya jika kita mengambil nutrisi yang cukup, proses itu semua dapat dilambatkan.. Dan Aura White salah satu pilihan minuman tambahan yang sangat bagus, sebahagian dari cara anda untuk lebih muda dari usia.. Contoh mudah, kita nak bersih dan segar mestilah mandi setiap hari.. Apa jadi jika sehari tak mandi atau seminggu, apa lagi jika sebulan tak mandi? huhu.
.





بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Alhamdulillah hari ni izah nak share kan sesuatu dengan anda semua... video kulah ustaz don yang izah rasakan sangat bagus dan mempunyai hurayan yang sangat indah... Izah masih jahil ingin menghuraikannya... so harap perkongsian ini dapat memberi ilmu yang boleh kita amalkan untuk diri kita, keluarga dan masyarakat.... the main point is "Al-Quran is the manual guide for Human" 
Al-Quran from Allah... human crated by Allah.... He knew the best.... 




*ada huaraian bagaimana nak ibangkan masa antara kerja dan keluarga*



*untuk part 2-5 nie sy kasi link je... klik kat situ yek... pasal tak tau lah naper die tak mau keluar. if dh boleh nanti saya update okey... but yng penting ambil masa untuk tengok dan ambik pengajaran dari video ini yer*
Insha Allah... semoga memperoleh ilmu yang balik dan dia amalkan bersama


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Alhamdulillah on last August Izah telah menceburkan diri didalam bidang perniagaan online yang kini memang menjadi trend namun izah agak sibuk sedikit diakhir tahun dan kini Izah kembali untuk meneruskan perniagaan maya nie... alhamdulillah terus mengorak langkah dengan IzaRina Belleza.... Izah jual apa? 
Virgin Coconut Oil (VCO) 


Catalyst Collagen 
Catalyst range of product


Of coz lah produc felinna yg meletop dan menjadi fenomena. in love wit it!

The new skin supplement yang sedang mendapat sambutan hangat!



My best shampoo now and ever! Most recommended! 


More details of each product Izah akan explain dalam entry lain okey! tunggu
but Plz visit IzaRina Belleza FB for product details or make your order




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

يامقلب القلوب ثبت قلبي على دينك
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik'
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.”

يا مقــلـب لقــلــوب ثبــت قــلبـــي عــلى طـا عــتـك
'Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Ta'atik'
Artinya: “Wahai Dzat yg membolak-balikan hati teguhkanlah hatiku diatas ketaatan kepadamu”

اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
'Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Tho'atika'
Artinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)

"رَبَّنَا لَا تُزِغۡ قُلُوبَنَا بَعۡدَ إِذۡ هَدَيۡتَنَا وَهَبۡ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحۡمَةً‌ۚ إِنَّكَ أَنتَ ٱلۡوَهَّابُ"
Maksudnya:'Wahai Tuhan Kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau
berikan petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu;
sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpa -limpah pemberianNya' (Ali Imran 3:8)

*Amalkan sebanyak-banyaknya bacaan doa diatas. Semoga dengan dijadikan amalan dan Insya Allah, Allah akan memelihara hati dari perasaan berbolak balik dan  tidak memesongkan hati setelah dikurniakan petunjuk dan Hidayah. Semoga Hati kita tetap dalam iman dan bertambah keimanan dari hari ke hari Insya Allah*
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Nawwas bin Sam’an Al Kilabi berkata, “Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

مَا مِنْ قَلْبٍ إِلَّا وَهُوَ بَيْنَ أُصْبُعَيْنِ مِنْ أَصَابِعِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Tidak ada satu hati pun kecuali ia berada di antara dua jari dari Jari-Jemari Rabb semesta alam.

إِنْ شَاءَ أَنْ يُقِيمَهُ أَقَامَهُ وَإِنْ شَاءَ أَنْ يُزِيغَهُ أَزَاغَهُ

Jika Dia ingin memberikannya keistiqamahan niscaya Ia akan berikan keistiqamahan padanya. Dan jika Dia ingin memalingkannya (dari Islam) niscaya akan dipalingkan-Nya dari Islam.

Dan beliau berdo’a:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قُلُوبَنَا عَلَى دِينِكَ

Wahai Dzat yang membulak-balikkan hati tetapkanlah hati kami di atas agama-Mu

وَالْمِيزَانُ بِيَدِ الرَّحْمَنِ عَزَّ وَجَلَّ يَخْفِضُهُ وَيَرْفَعُهُ

Dan Al Mizan juga berada di Jari Ar Rahman ‘azza wajalla Dia lah yang meringankan dan mengangkatnya.

(HR. Ahmad; dishahiihkan syaikh muqbil dalam shahiihul musnad)

*Semoga dijadikan amalan dan Insya Allah, Allah akan memelihara hati dari perasaan berbolak balik dan 


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhi perkara yang memerlukan kemaafan” (Riwayat Dailami)

Elakkan daripada melakukan dosa samada dosa terhadap Allah swt atau dosa sesama manusia.

Doa terhadap Allah swt memerlukan pengampunan melalui taubat, istigfar dan penyesalan.

“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Baqarah:199)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya seorang hamba melakukan suatu perbuatan dosa tetapi apabila dia teringat perkara tersebut, maka dia merasa sedih; apabila Allah melihatnya benar-benar bersedih hati, maka dia mengampuni apa yang dilakukannya itu sebelum dia mengkifarahnya (menebusnya) tanpa melalui sembahyang dan tanpa berpuasa (Riwayat Ibnu Asakir melalui Abu Hurairah r.a.).
Penyesalan itu adalah taubat.”(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Dosa sesama manusia pula perlu dimaafkan oleh manusia sendiri.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: ”Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya; bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal salih, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal salih, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya.”

Minta maaf dari sekarang jika ada melakukan kesalahan terhadap orang lain supaya tidak muflis di akhirat nanti. Muflis akibat habis pahala kebaikan diambil dan terpaksa pula menanggung dosa kejahatan orang lain (sekiranya tidak cukup pahala untuk membayarnya).

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda “Tahukah kamu siapakah dia orang Muflis? ” Sahabat-sahabat Baginda menjawab: “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda;” Nabi s.a.w., bersabda: “Sebenarnya orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka."


Wahai sahabat, teman, rakan, kenalan dan taulan.... Dengan rasa rendah diri saya memohon keampunan dan ikhsan agara diberikan kemaafan diatas segala kesalahan saya pada kalian. Diatas kesalahan yang saya sedari atau tidak, yang saya sengajakan mahupon tidak. Jika masih ada hakmu pada ku maka tuntutlah ia kembali dariku… Insha Allah akan aku pulangkan kerna itu hak kamu dan haram bagi ku… jika ada yang masih berbaki yang aku tidak sedari tidak mampu kau maafkan maka jangan di simpan didalam hati mu…. Tuntulah ia dari ku apa yang bias ku tebus segalah kesalahanku di dunia ini supaya tidak kau memintanya kepada ku di Akhirat nanti… kerna belum tentu masih ada berbaki amalan ku untuk kau tuntut…. Dan mungkin aku akan tergolong di dalam golongan yang muflis....Astaghfirullahhalazim….Jazakallah Khairan buat Ihsan kemaafan dari kalian... Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian... Insha Allah....

Azizah Ahmad Johan

~Izzah Johan~

Ikhasan Sumber