Exclusively By Izzah Johan

Lelaki dan Wanita


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


 "Lelaki yang terbaik tidak akan mencintai wanita yang paling cantik namun akan mencintai wanita yang mampu menjadikan hidupnya cantik di dunia dan akhirat, dan juga menjadikan wanita itu cantik dunia dan akhirat bersama-samanya. 
 jika wanita itu ada potensi dididik, kenapa mahu putuskan? Sambungkanlah dengan ikatan pernikahan. Dia dah sayang kamu sepenuh hati, kamu pun sama. Dia rela dan sanggup berkorban apa sahaja untuk kamu. Banyak masa dah terbuang untuk fokus pada hubungan kamu berdua. Tak terkira sumpah dan janji. Dikhuatiri juga, bila putus dalam keadaan begini kesan luka di hati pada pasangan akan menjadikan keadaan bertambah buruk. Hati pun jadi bertambah kusut, sedih. Kenapa nak sedihkan pasangan? Berilah berita gembira dengan melamar dari walinya. Ajaklah dia berubah sekali ya"

Sabda Rasulullah (SAW) : “nikah itu adalah sunnah ku, jika sesiapa  yang menolak sunnah ku, maka ia bukanlah dari golonganku.

“ Apabila telah berkahwin seseorang hamba itu, maka dia telah pun melengkapi separuh daripada agamanya. Maka bertaqwalah ia kepada Allah di separuh yang belum lagi.”
( Riwayat Baihaqi)
“Wahai para pemuda! Barangsiapa di antara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih mudah menundukkan pandangan dan lebih menjaga farji (kemaluan). Dan barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa, karena puasa itu dapat menjaga dirinya.(Hadis Sahih Riwayat. Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasaiy, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi).

"dan antara tanda-tanda kekuasaanNYA adalah DIA menciptakan isteri-isteri daripada kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakanNYA cinta kasih sayang antara kamu.Sungguh,dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran."
(Surah ar-Rum,ayat 21) 

Rasulullah –sallallahu ‘alaihi wasallam- dalam hadisnya (yang bermaksud); “Dikahwini seorang perempuan itu kerana empat sebab; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Kamu pilihlah perempuan yang patuh kepada agama supaya kamu tidak rugi/kecewa”. (Riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasai dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah –radhiyallahu ‘anhu-)

Dari Abu Hurairah r.a., ia berkata: Rasulullah s.a.w, bersabda: “Satu dinar yang kamu nafkahkan di jalan Allah, satu dinar yang kamu nafkahkan untuk memerdekakan budak, satu dinar yang kamu berikan kepada orang miskin dan satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu, maka yang paling besar pahalanya yaitu satu dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu.” (Hadis Riwayat Muslim, Buku Riyadush Shalihin Bab Memberi nafkah terhadap keluarga).

0 comments:

Post a Comment