Exclusively By Izzah Johan

Maafkan aku... Aku tidak mahu Muflis

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”


Rasulullah s.a.w. bersabda “Jauhi perkara yang memerlukan kemaafan” (Riwayat Dailami)

Elakkan daripada melakukan dosa samada dosa terhadap Allah swt atau dosa sesama manusia.

Doa terhadap Allah swt memerlukan pengampunan melalui taubat, istigfar dan penyesalan.

“Dan kamu mohonlah keampunan daripada Allah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Baqarah:199)

Rasulullah s.a.w. bersabda “Sesungguhnya seorang hamba melakukan suatu perbuatan dosa tetapi apabila dia teringat perkara tersebut, maka dia merasa sedih; apabila Allah melihatnya benar-benar bersedih hati, maka dia mengampuni apa yang dilakukannya itu sebelum dia mengkifarahnya (menebusnya) tanpa melalui sembahyang dan tanpa berpuasa (Riwayat Ibnu Asakir melalui Abu Hurairah r.a.).
Penyesalan itu adalah taubat.”(Hadis riwayat Ibnu Majah).

Dosa sesama manusia pula perlu dimaafkan oleh manusia sendiri.

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: ”Sesiapa yang menanggung sesuatu kezaliman yang dilakukan terhadap orang lain, sama ada yang mengenai maruah dan kehormatan atau sebarang perkara yang lain, maka dari sekarang juga hendaklah ia meminta orang itu melepaskannya dengan jalan memaafkan atau menghalalkannya sebelum datangnya masa yang tidak ada padanya wang ringgit atau emas perak untuk membayarnya; bahkan pada masa itu kalau ia mempunyai amal salih, akan diambil daripada amalnya itu sekadar perbuatan aniaya yang dilakukannya untuk diberi kepada orang itu; kalau ia pula tidak mempunyai amal salih, maka akan diambil dari kesalahan orang itu serta dibebankan kesalahan itu ke atasnya.”

Minta maaf dari sekarang jika ada melakukan kesalahan terhadap orang lain supaya tidak muflis di akhirat nanti. Muflis akibat habis pahala kebaikan diambil dan terpaksa pula menanggung dosa kejahatan orang lain (sekiranya tidak cukup pahala untuk membayarnya).

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w., bersabda “Tahukah kamu siapakah dia orang Muflis? ” Sahabat-sahabat Baginda menjawab: “Orang Muflis di antara kami, ya Rasulullah ialah orang yang tidak ada wang ringgit dan tidak ada harta benda;” Nabi s.a.w., bersabda: “Sebenarnya orang Muflis dari kalangan umatku ialah orang yang datang pada hari qiamat membawa sembahyang, puasa dan zakat, sedang datangnya itu dengan kesalahan memaki hamun orang ini dan menuduh orang itu memakan harta orang ini, menumpah darah orang itu, dan juga memukul orang; maka akan diambil dari amal kebajikannya serta diberi kepada orang ini dan orang itu; kemudian kiranya habis amal kebajikannya sebelum habis dibayar kesalahan-kesalahan yang ditanggungnya, akan diambil pula dari kesalahan-kesalahan orang yang dianiayakan serta ditimpakan ke atasnya, kemudian ia dihumbankan ke dalam Neraka."


Wahai sahabat, teman, rakan, kenalan dan taulan.... Dengan rasa rendah diri saya memohon keampunan dan ikhsan agara diberikan kemaafan diatas segala kesalahan saya pada kalian. Diatas kesalahan yang saya sedari atau tidak, yang saya sengajakan mahupon tidak. Jika masih ada hakmu pada ku maka tuntutlah ia kembali dariku… Insha Allah akan aku pulangkan kerna itu hak kamu dan haram bagi ku… jika ada yang masih berbaki yang aku tidak sedari tidak mampu kau maafkan maka jangan di simpan didalam hati mu…. Tuntulah ia dari ku apa yang bias ku tebus segalah kesalahanku di dunia ini supaya tidak kau memintanya kepada ku di Akhirat nanti… kerna belum tentu masih ada berbaki amalan ku untuk kau tuntut…. Dan mungkin aku akan tergolong di dalam golongan yang muflis....Astaghfirullahhalazim….Jazakallah Khairan buat Ihsan kemaafan dari kalian... Hanya Allah yang mampu membalas kebaikan kalian... Insha Allah....

Azizah Ahmad Johan

~Izzah Johan~

Ikhasan Sumber 

0 comments:

Post a Comment