Exclusively By Izzah Johan



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
“Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

اللهمَّ صلِّ على سيِّدنا محمَّد وعلى آلِه وصحبِه وسلِّم
Selepas dibebaskan daripada pemulauan penduduk Makkah ke atas Nabi saw, Allah terus menguji Nabi saw. Khadijah, isteri kesayangan Nabi saw telah meninggal dunia. Sangat besar jasa isteri baginda dalam usaha untuk membantu pengembangan dan penyiaran dawah Islam selama 10 tahun di Makkah. Tidak lama selepas itu, Abu Talib pula meninggal. Nabi amat menyayangi Abu Talib kerana dialah satu-satunya bapa saudara Nabi sw yang sangat berjasa kepada baginda saw, sama ada ketika Nabi saw masih kecil mahupun setelah diangkat menjadi Rasulallah saw. Kerana telah kehilangan 2 orang tulang belakang kepada perjuangan Nabi saw, nabi berasa amat berduka dan bersedih yang berpanjangan, dan di namakan tahun itu adalah Amul Huzn, ‘Tahun Berdukacita’. Dalam kitab sirah menyebut perbezaan hari antara kematian 2 orang yang paling dicintai Nabi saw adalah 35 hari.
Bertambah kedukaan baginda saw bila mana bapa saudaranya, Abu Talib menghembuskan nafas terakhirnya bukan dalam keadaan beragama Islam.
Allah swt menurunkan wahyu kepada baginda  saw:
“Sesungguhnya kamu (wahai Muhammad) tidak kuasa untuk memberi hidayah petunujuk kepada sesiapa yang kamu kasihi (supaya ia menerima Islam), tetapi Allah jualah yang bekruaksa untuk memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang dan peraturannya) dan Dialah jua yang mengetahui akan orang-orang yang (ada persediaan untuk) mendapat hidayah petunjuk (kepada memeluk Islam)
(al-Qasas: 56)
Setelah kewafatan Abu Talib, maka tentangan kepada Nabi saw bertambah hebat. Ketika Baginda saw sedang berjalan disebuah lorong di Kota Mekah, Baginda saw diejek dan dihina sehinggakan kepala Baginda saw ditaburkan dengan pasir. Walaupun begitu, Baginda saw tetap meneruskan perjalanannya sehingga tiba di rumahnya. Melihat kepada keadaan Baginda saw, puteri Baginda, Fatimah menangis sambil membersihkan kepala Baginda saw. Dengan penuh ketabahan, Rasulullah saw berkata kepada puterinya:
“Wahai puteriku, janganlah kamu menangis kerana sesungguhnya Allah akan melindungi ayahmu ini.”
Kemudian, wahyu diturunkan kepada Nabi saw perintah berhijrah  dan ketika berhijrah di Thaif, baginda saw bersama Zaid bin Harithah pergi ke Thaif.
Amat mendukacitakan bila mana dakwah Baginda saw di Thaif diterima bahkan dihalau keluar bersama dengan Zaid bin Harithah. Orang-orang disuruh berkumpul  dan berbaris di kiri dan kanan jalan yang dilalui Nabi saw sambol mencaci maki dengan perkataan yang keji dan mendustakan Nabi saw.  Pemeritah dan orang yang berkuasa di Thaif menyuruh agar mereka melemparkan pasir dan batu ke  arah Nabi saw dan Zaid bin Harithah.
Akibat lemparan itu, kedua-dua kaki Nabi saw luka dan mengeluarkan darah manakala Zaid pula cedera di kepala. Walaupun penduduk Thaif melihat Nabi saw dan Zaid bin Harithah cedera, mereka tetap dengan perbuatannya  sehingga Nabi saw terpaksa berjalan dengan merangkak kerana menahan  kesakitan. Melihat  Nabi saw berjalan dengan terengsot-engsot dan merangkak, mereka mengejak, mentertwakan dan mencaci maki Nabi saw.
Kemudian Nabi saw berehat di sebuah kebun milik ‘Utbah bin Rabi’ah. Kelihatan seorang lelaki bersembunyi di sebuah kebun anggur dengan penuh kelelahan. Kedua-dua kakinya basah dengan darah dek kerana luka. Dari wajahnya terpancar kesedihan yang mendalam. Usahanya selama 10 hari ternyata sia-sia belaka. Dengan mata berkaca-kaca baginda berdoa:
“Ya Allah, kepada-Mu aku mengeluhkan kelemahan-kelemahanku, ketidak berdayaanku, dan kehinaanku di hadapan manusia. Wahai yang Maha Pengasih di antara yang mengasihi! Engkau Tuhan orang-orang yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku. Kepada siapakah Engkau hendak menyerahkan diriku? Kepada orang-orang asing yang bermuka masam terhadapku atau kepada musuh yang Engkau takdirkan akan mengalahkanku?”

“Ya Allah, kepadamu aku mengadu kelemahanku, kekurangan daya upayaku dan kehinaanku pada pandangan manusia. Ya! Arhamarrahimin! Engkaulah tuhan orang yang ditindas. Engkaulah tuhanku. Kepada siapalah engkau menyerahkan diriku ini, kepada orang asing yang akan menyerang aku atau kepada musuh yang menguasai aku? Sekiranya engkau tidak murka kepadaku maka aku tidak peduli. Namun, afiatmu sudah cukup buatku. Aku berlinding dengan nur wajahMu yang menerangi segala kegelapan dan teratur diatas nur itu urusan dunia dan akhirat, daripada engkau menurunkan kemarahanMu kepadaku atau Engkau murka kepadaku. KepadaMulah aku tetap merayu sehingga Engkau reda. Tiada sebarang daya(untuk melakukan Kebaikan) dan tiada upaya(untuk meniggalkan kejahatan) kecuali denganMu.”

“Wahai Tuhanku, kepada Engkau aku adukan kelemahan tenagaku dan kekurangan daya-upayaku pada pandangan manusia. Wahai Tuhan yang Maha Rahim kepada siapa Engkau menyerahkanku? Kepada musuh yang akan menerkamkan aku ataukah kepada keluarga yang engkau berikan kepadanya uruskanku, tidak ada keberatan bagiku asal aku tetap dalam keridhaanMu. Pengetahuan Mu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahaya mukaMu yang mulia yang menyinari segala langit dan menerangi segala yang gelap dan atasnyalah  teratur segala urusan dunia dan akirat, dari Engkau menimpakan atas diriku kemarahanMu atau dari Engkau turun atasku azabMu kepada Engkaulah aku adukan permasalahanku sehingga Engkau ridha. Tidak ada daya dan upaya melainkan dengan Engkau.”

“Hal itu tidak aku risaukan, jika Engkau tidak murka kepadaku. Namun, rahmat-Mu bagiku amat luas. Aku menyerahkan diri pada cahaya-Mu yang menerangi segala kegelapan dan menentukan kebaikan urusan dunia dan akhirat. Aku berlindung dari murka-Mu. Aku senantiasa mohon reda-Mu. Kerana tidak ada daya dan kekuatan kecuali atas perkenan-Mu.”
Doa ini merupakan rintihan Nabi saw yang penuh dengan kata-kata yang penuh pengertiannya. Utbah dan Syaibah memasang telinga mendengar pengaduan hebat dari seorang Rasul kepada Rabbnya. Rintihan yang dipohan oleh rasulullah telah membuatkan kekafiran Utbah dan Syaibah turut juga luntur hingga meyuruh kahdamnya Addas untuk memberikan anggur kepad Nabi Muhammad SAW sebagai penghilang kelaparan.
Lalu, Nabi saw bersama Zaid bin Harithah pulang menuju ke Makkah. Ketika baginda saw mahu beredar dari situ, Jibril datang dengan diiringi oleh malaikat penjaga gunung. Jibril as berkata kepada Nabi saw:
“Wahai Rasulallah! Sesungguhnya Allah mendengar perkataan kaummu kepadamu dan penolakan mereka kepadamu. Dia mengutuskan malaikat penjaga gunung kepadamu supaya kamu perintahkan kepadamu supaya kamu perintahkan kepadanya apa yang kamu kehendaki ke atas mereka (kaum Bani Tsaqif).
Malaikat penjaga gunung berkata:
“Ya Rasulallah! Sesungguhnya Allah swt mendengar perkataan kaummu dan aku adalah malaikat penjaga gunung. Sesungguhnya Dia mengutuskanku kepadamu supaya kamu perintahkan kepadaku apa yang kamu kehendaki. Sekiranya engkau mahu supaya melipatkan gunung yang besar ini ke atas mereka, tentu aku lakukan (Gunung Abu Qubais dan Gunung Qa’aiqa’an)
Nabi saw menjawab:
“TIDAK! Sesugguhnya aku berharap mudah-mudahan Allah swt memberikan kepada mereka keturunan yang menyembah Allah swt dan tidak menyukutukanNya dengan sesuatu pun.”
Jibril berkata:
“Sesugguhnya Allah swt memerintahkan supaya aku mengikuti kemahuanmu ke atas kaummu kerana perbuatan mereka kepadamu!”
Nabi saw menjawab sambil berdoa:
“Ya ALLAH! Engaku tunjukkan (jalan yang lurus) kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Begitulah mulianya sifat Nabi saw kepada umatnya. Betapa Nabi saw mencintai dan mengasihi umatnya hatta bila mana dirinya telah disakiti hingga berdarah, namun masih lagi dapat memaafkan bahkan mendokan kebaikan dan kesejahteraan ke atas mereka.
Jika dibandingkan dengan diri kita, jika telah dilakukan oleh sedemikian rupa ke atas kita, maka apakah pula tindakan kita? Apatah lagi bila mana malaikat telah datang dan akan mendengar segala permintaan kita di atas izinNya. FIKIRKAN..