Exclusively By Izzah Johan

Assalamualaikum... memang dah lama tak update blog nie. ramai yang minta izah resipi pavlova nie..  izah jual Pavlova nie tapi ramai yang x dapat nak ambil sendiri dari izah pasal jauh kan tapi ramai yang teringin. so mai sini saya ajar u all mcm mana nak buat pavlova nie... pernah izah tulis entry pavlova but tu besar nie lagi small size cocktail.. senang nak hidang dan senang sekali masuk mulut je....
kalau agak2 malas sangat lah nak buat or nak rasa yang izah buat 
boleh order dengan cara whatsapp pada izah 019382102 self pickup at my house at taman sri andala Klang atau pickup point at shah Alam or subang *with delivery charges* 



Bahan-bahan Pavlova
4 lbiji (120 grams) telur putih
1 cawan (200 grams) gula kaster
1/2 sudu kecil  vanilla esen
1 sudukecil cuka makanan
1/2 sudu makan tepung jagung

Topping:

1 cup (240 ml) non-diary whipping cream
1/2 cup cheese cream 

Cara buat Cheese Cream 
1. Pukul Cheese sehingga kembang
2. Masukan Non-diary whipping cream dan pukul lagi sehingga kembang dan gebu.


Cadangan buah-buahan untuk hiasan

Buah segar- markisa, kiwi, strawberries, raspberries, blackberries,  pic, nanas dan lain-lain buah mengikut kesukaan anda

Cara membuat Mini Pavlova

  1. Pukul putih telur sehingga setengah kembang. Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan gula semuanya telah hancur.
  2. Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan.
  3. Tuangkan atas acuan kertas kecil2
  4. Panaskan oven pada 200 darjah C dalam 10 min
  5. Bila masukan pavlova dalam oven terus turunkan suhu kepada 160 darjah C dan Bakar dalam oven selama lebih kurang 1 jam. Tutup suis dan biarkan dalam oven sehingga sejuk.
  6. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim. Hiaskan dengan buah-buahan segar.
    * dalam acuan kertas comel2*
    *Bakar dalam oven*
    Hasil selepas di bakar
     Tada....Dah siap...
    resipi nie boleh pakai untuk pavlova yang besar juga bentuk and saiz pavlova tu anda yang tentukan...
    nak tengok  some of other size of pavlova yang izah pernah buat tengok nie...



     kat bawah nie jugak izah nak share video how to make pavlova lah kalau nak tengok... so insha Allah u All boleh buat juga :)
    selamat ber pavlova