Exclusively By Izzah Johan

M E N G U M P U LP E M U D A J A L A N A N U N T U K T A A T A L L A H ! !

Fikir Iman dan Amal.
QASIDAH INI GERAKAN YANG BAIK. BUKAN GERAKAN MAKSIAT
Habib Syech Abdul Qadir Alseggaf. Asal dari Solo Indonesia, beradik 16 orang.
Nama saya memang Syech.. Ayah seorang Imam masjid.. Berguru dengan ayah.. Tarikat Alawiah bermazhab Syafie, akidah Asyari, sufi imam Ghazali. Tidak pernah mengikut tarikat yang lain..
Pada umur 20 tahun ayah meninggal dalam keadaan sujud imam solat Jumaat..
FOKUS KUMPUL ANAK-ANAK
MUDA YANG SUKAKAN HIBURAN
Setelah ayah meninggal, saya berguru di Yaman dan bermula dakwah dari rumah. Bermula dari pemuda-pemuda sehingga kini dakwah 70% di kalangan anak muda yang biasanya budak jalanan yang suka hiburan..
SELAWAT UNTUK
KUMPULKAN MEREKA
Sebab itu saya bermula guna music untuk menawan mereka.. Dengan sistem ini alhamdulillah mereka mula datang.. Selawat itu untuk mengumpul orang-orang ini..
AJAK MEREKA
SOLAT DAN TAZKIRAH
Dan selepas itu ajak mereka solat dan bertazkirah.. Gerakan-gerakan dalam qasidah ini gerakan yang baik.. Bukan gerakan-gerakan maksiat..
JANGAN KERAS
MEREKA AKAN LARI
Masa itu mereka rindu dengan Rasulullah dan ramai yang mula taubat.. Kita tidak boleh dakwah secara keras dengan anak-anak muda ini.. Mereka akan lari..
Masalah ikhtilat.. Sudah diusahakan semaksima mungkin tapi mereka masih melakukan.. Selebihnya itu urusan dia dengan Allah sekiranya mereka masih melakukan..
JANGAN KITA BUAT DOSA
Janganlah kita umat Islam ini saling memfitnah.. Saya tidak mahu ada orang berdosa kerana saya.. Saya sangat gembira dengan rakyat Malaysia.
KRISTIAN RAMAI
YANG MASUK ISLAM
Dalam majlis saya, banyak yang menghadirinya. Saya hormat mereka sebagai tetamu.. Malah di Indonesia saya buat secara umum.. Malah Kristian Nasrani ramai yang datang. Mereka pun ramai masuk Islam..
Siapapun tamu datang jumpa, saya hormati mereka.. Mereka mahu bergambar dengan saya.
FITNAH BERMULA DARI
IRI DI KALANGAN PARA ULAMAK
Punca penyebaran fitnah itu mungkin ada orang-orang tertentu yang tidak ada tempat di dalam dakwah itu.. Iri yang paling tinggi adalah di kalangan para ulama..
JADILAH ORANG YANG BAIK
Orang yang baik janganlah cari kesalahan orang.. Carilah kesalahan diri sendiri seperti yang terjadi pada zaman ini..
Marilah kita berdakwah.. Carilah kebaikan setiap orang dan berhenti dari mencari keburukan orang..
RASULULLAH BERDAKWAH
DILEMPAR BATU. LEBIH BERAT TU
Alhamdulillah.. Rasulullah datang dakwah dilempar batu.. Tapi saya baru dilempar gambar dengan si fulan.. Ujian saya masih jauh ringan dari ujian Rasulullah saw.. Saya tidak akan berhenti berdakwah dengan berselawat.
Setiap majlis selawat, saya pasti akan selitkan dengan Tazkirah bukan selawat semata-mata.
Ayuh! Wahai kaum muslimin! Ikuti perintah Allah dan RasulNya sehingga kita berjumpa Allah dan RasulNya.
SAYA MAAFKAN
Allah telah meminjam lisan orang itu untuk menguji keimanan saya.. Saya yakin saya akan sabar dan boleh menerima ujian ini.. Saya doakan mereka ampuni saya dan saya maafkan orang yang memfitnah saya..
RASULULLAH DI HATIKU
Saya tidak pernah mengatakan bahawa tindakan melambai masa berqasidah itu lambaian kepada Rasulullah.. Tapi saya kata Rasulullah hadir dalam "hati" kita pada masa itu! Bukan jasad Rasul..
Zaman Rasulullah tidak perlu buat qasidah cinta Rasul sebab Rasul sudah di depan mata.. Cinta itu timbul bila kita berada di tempat jauh..
SUASANA CINTA RASUL
HIDUP DI KALANGAN UMAT
Kita berada di zaman yang jauh selepas wafatnya Rasulullah. Supaya kita lebih cinta sama Rasulullah makanya kita enak kalau dibuat secara lantunan suara supaya lebih nikmat bersama orang ramai.
Goyang itu tidak direncanakan.. Tau-tau kepala dan badan bergoyang secara sendiri.
DIDIKLAH HATI ANDA
BANYAKKAN BERISTIGHFAR
Didiklah hati supaya lebih lembut.. Janganlah mencaci.. Jangan saling menyalahkan.. Kalau tidak suka dan tidak cocok  jangan hadir atau jangan buka tv supaya anda tidak semakin sakit hati..
CARA NABI BALASLAH
KEBURUKAN DENGAN KEBAIKAN
Allah tidak tengok luaran kita tetapi Allah tengok hati kita.. Tidak boleh ada kebencian dengan mana-mana makhluk walaupun orang itu mencaci atau memfitnah kita..
DAKWAH TETAP
MENJADI DARAH DAGINGKU
Semoga Allah mengampun dosa saya dan dosa-dosa pemfitnah saya.. Sama-samalah kita berdakwah demi cinta agama Allah dan cinta Rasulullah saw.
Sama-samalah kita ambil ikhtibar..
Sessi khas bersama Habib Syech di TV al-hijrah 26.4.2015 jam 9.00 pagi.

0 comments:

Post a Comment